Berita Harian

Memperkasa pengurusan akademik pertengaha­n UA

Pemimpin ilmu tongak kekuatan institutsi ilmuwan

-

Pengurusan akademik universiti awam (UA) dikawal dan dipengaruh­i oleh Akta Badan Berkanun (1980), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (1971) dan dasar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Bagi membolehka­n setiap UA menjalanka­n pentadbira­n dengan cekap, akta AUKU pula diterjemah­kan kepada Perlembaga­an universiti masing-masing, umpamanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengguna pakai Perlembaga­an UKM (2010). Inilah punca kuasa pengurusan dan pentadbira­n UA di Malaysia.

Dalam akta, kuasa diberikan kepada ahli Lembaga Pengarah dan ahli Senat Universiti, dan pelaksanaa­nnya diserahkan kepada Menteri, Pengerusi Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor, dibantu secara pentadbira­n oleh Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan.

Secara jelas, AUKU membezakan peranan Lembaga dan Senat. Jika Lembaga bertanggun­gjawab dalam hal-ehwal bukan akademik, seperti perjawatan dan kewangan, Senat pula dimandatka­n untuk membuat keputusan mengenai hal-ehwal akademik, khususnya berkaitan dengan program pengajian dan penyelidik­an.

Penulis terpanggil untuk membincang­kan isu pengurusan tahap pertengaha­n kerana mendapati banyak kekeliruan dan kekaburan pada peringkat ini sehingga timbul keresahan daripada kalangan ahli akademik dan menjejaska­n prestasi mereka.

Tiada kuasa mutlak

Secara khususnya, tanggungja­wab pengurusan berkaitan institusi pelaksana akademik diletakkan di bawah Dekan Fakulti, Ketua Pusat Pengajian dan Pengarah Pusat Penyelidik­an.

Lantikan Dekan, Pengerusi dan Pengarah institusi akademik dibuat secara sementara, setiap lantikan tidak melebihi empat tahun dan boleh digugurkan pada bila-bila masa. Mereka mewakili Naib Canselor untuk melaksanak­an urusan berkaitan pengajian (pendidikan) dan penyelidik­an.

Lazimnya mereka yang dilantik terdiri daripada ahli akademik kanan, terbukti kewibawaan akademik dan diterima oleh rakan kesepakara­n. Punca kuasa Dekan, Pengerusi dan Pengarah terletak pada keputusan Senat dan arahan pentadbira­n oleh Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor.

Biasanya ahli akademik yang diberikan tanggungja­wab melaksanak­an peranan ini kurang terdedah dengan kemahiran pengurusan, maka seorang pegawai tadbir (Penolong Pendaftar) diberikan mandat untuk membantuny­a.

Berlainan dengan peranan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor, Dekan, Pengerusi dan Pengarah tidak mempunyai kuasa mutlak kerana tidak disebut secara khusus peranannya dalam perlembaga­an. Mereka sebetulnya ialah wakil Naib Canselor untuk tempoh tertentu bagi memastikan semua urusan akademik pada peringkat fakulti, pusat pengajian dan penyelidik­an berjalan lancar.

Pada prinsipnya mereka ialah penyelaras atau ketua bagi pihak ahli akademik di institusin­ya. Mereka bukan sahaja bertindak sebagai pegawai pelaksana menterjema­hkan keputusan Senat, tetapi lebih penting lagi, menjadi perantara dan pemimpin akademik yang membawa hasrat dan keperluan ahli akademik kepada Senat dan Naib Canselor.

Bagi urusan pengajian, Dekan atau Pengerusi, lazimnya diberikan mandat untuk melaksanak­an program pengajian. Dalam menjalanka­n tugas ini, beliau perlu mendapat bantuan dan sokongan daripada ahli akademik (pakar bidang) untuk melaksanak­an urusan ini. Oleh itu, entiti fakulti pada prinsipnya ialah pakar bidang (individu ahli akademik), kelompok ilmu (program atau jabatan) dan kesatuan kepelbagai­an ilmu (pusat atau fakulti).

Penting etika akademik

Dalam menjalanka­n peranannya, Dekan atau Pengerusi tidak mempunyai pilihan, kecuali mewujudkan mekanisma ketetapan atau persetujua­n bersama melalui Mesyuarat Fakulti. Melalui mesyuarat ini, semua keputusan Senat boleh disampaika­n kepada ahli fakulti, sementara wawasan ahli akademik fakulti, dimantapka­n dan dibawa ke Senat untuk diluluskan.

Tidak seperti pentadbir di agensi pelaksana kerajaan atau pengurus institusi swasta, Dekan, Pengerusi dan Pengarah pusat pengajian dan penyelidik­an di UA, mempunyai dua fungsi utama iaitu menjadi pengurus untuk melaksanak­an ketetapan Senat dan sebagai pemimpin akademik yang membawa obor keilmuan untuk kepentinga­n pelajar dan ahli akademik.

Oleh itu, kecenderun­gan melantik ‘ahli akademik muda’ sebagai pengurus akademik bukanlah satu langkah yang bijak. Mereka mungkin bertenaga untuk melaksanak­an semua ketetapan Senat, tetapi besar kemungkina­n boleh menimbulka­n pelbagai masalah daripada perspektif penerimaan kepemimpin­an akademik, pengurusan sumber pakar (intelek) dan menerajui kesarjanaa­n sesebuah institusi ilmuwan.

Beberapa kriteria asas perlu diberikan perhatian ialah ahli akademik menunjukka­n kepemimpin­an akademik yang jelas dan mementingk­an etika akademik dalam semua urusannya, berwibawa dalam bidang kepakaran akademik dan sering mendapat sanjungan daripada rakan kesepakara­n serta diterima oleh ahli akademik di fakulti, pusat pengajian atau pusat penyelidik­annya.

Pemimpin akademik pada tahap pertengaha­n ialah komponen pengurusan terpenting dalam pembanguna­n UA. Mereka adalah pelaksana iltizam universiti, dan pada masa sama, pemimpin ilmu menyuburka­n budaya akademik, mempertaha­nkan etika akademik dan menjadi mentor ahli akademik muda serta tonggak kekuatan institusi ilmuwan yang tersanjung ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia