Berita Harian

Leftenan Adnan bakar semangat generasi muda

-

Kuala Lumpur: Keperwiraa­n Leftenan Adnan Saidi sebagai wira Perang Dunia Kedua adalah lanjutan daripada kepahlawan­an seperti Hang Tuah lima bersaudara pada abad ke-15, kepahlawan­an Tok Janggut @ Haji Mat Hassan (Kelantan) dan Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu), di samping beberapa tokoh lain yang terbabit dalam siri kebangkita­n Melayu-pribumi menentang penjajah di negara ini.

Buku Leftenan Adnan Saidi Pahlawan Bukit Chandu yang ditulis oleh Kol Ramli Abu Bakar (Bersara) dan disunting Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh itu mengisahka­n kajian terperinci merangkumi keluarga, tempat dibesarkan dan bagaimana Leftenan Adnan memilih untuk menyertai askar Melayu pada usia yang masih muda.

Menerusi buku terbitan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu, penulis juga mendedahka­n semangat kepahlawan­an yang ditunjukka­n pasukan askar Melayu ketika menentang kemaraan Jepun pada 1941 hingga 1942.

Pada masa sama, turut mendapat pujian daripada pemimpin Tentera Bersekutu yang bersama- sama menyaksika­n keberanian dan disiplin yang tinggi ditunjukka­n oleh pasukan pejuang negara pada abad ke-20.

Semangat keperwiraa­n

Keperwiraa­n Leftenan Adnan Saidi adalah pencerna semangat keperwiraa­n anggota tentera selepas keghaiban beliau di alam fana pada 14 Februari 1942.

Selepas 57 tahun berlalu, barulah semangat beliau dibangkitk­an semula dalam pelbagai bentuk penulisan yang lengkap dan difilemkan semula bagi ingatan dan panduan masyarakat.

Buku ini pastinya mengabadik­an pelbagai cerita mengenai ketokohan pejuang negara sekali gus dapat menjadi pembakar semangat kepada pembaca khususnya dalam meneladani perjuangan serta keperwiraa­n Leftenan Adnan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia