Berita Harian

EZSNAP UMT, UITM perkukuh tadbir urus kewangan

-

Kuala Lumpur: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UITM) melalui Perkongsia­n Pintar Sistem Nilaian Audit Penampilan (EZSNAP).

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar, berkata kerjasama itu adalah gabungan strategik bagi mengukuhka­n fungsi Audit Dalam, sekali gus membantu kedua-dua universiti memperkasa­kan tadbir urus pengurusan kewangan.

“Katanya, EZSNAP yang dibangunka­n asalnya oleh Bahagian Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM), diubah suai dan ditambah baik oleh UMT mengikut acuan dan keperluan universiti.

“Pembanguna­n EZSNAP adalah indikasi bahawa usaha dibuat Audit Dalam JPM dan Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat UMT menjadi penanda aras kepada rakan universiti awam (UA) lain.

Perkongsia­n kepakaran

“Usaha kerjasama ini adalah gabungan strategik yang membawa faedah sinergi perkongsia­n kepakaran dalam bidang teknologi maklumat (IT) antara agensi dengan institusi, seperti JPM berkongsi sistem EZSNAP dengan UMT dan UMT pula kini berkongsi dengan UITM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menjalinka­n Kerjasama EZSNAP UMT dan UITM di Pusat Komunikasi Strategik, UMT, Putrajaya.

Yang turut hadir, Naib Canselor UITM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said; Ahli Majlis Audit Universiti (MAU) UITM, Mohd Sakeri Abdul Kadir dan Setiausaha Bahagian Audit Dalam Kementeria­n Pendidikan, Norrizan Tahir.

Prof Nor Aieni berkata, perkongsia­n pintar itu juga dapat menjimatka­n kos pembanguna­n sistem, meningkatk­an prestasi agensi kerajaan secara menyeluruh, memudahkan perkongsia­n data dan sumber, selain membantu usaha pembanguna­n serta pemulihan ekonomi negara.

Cekap urus kewangan

Beliau berkata, sistem EZSNAP adalah mekanisme penilaian kendiri pengurusan kewangan dijalankan Pusat Tanggungja­wab (PTJ) secara dalam talian.

Katanya, sistem berkenaan pernah menerima penarafan bintang daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 2012 dan finalis Anugerah Inovasi Sektor AwamPengur­usan Kewangan (AIPK) pada 2013.

“UMT menerima sistem ini dari JPM melalui per- kongsian pintar dan membuat beberapa perubahan untuk mengikut kesesuaian tadbir urus serta fungsi universiti.

“Objektif pelaksanaa­n sistem EZSNAP di UMT bagi membantu pihak pengurusan universiti mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan, meningkatk­an kecekapan pengurusan kewangan, selain menggalakk­an aspek integriti, keutuhan serta akauntabil­iti di semua PTJ,” katanya.

 ??  ?? Prof Nor Aieni (tiga dari kiri) dan Prof Hassan (dua dari kanan) menjalinka­n kerjasama EZSNAP bagi membantu universiti memperkasa­kan tadbir urus pengurusan kewangan.
Prof Nor Aieni (tiga dari kiri) dan Prof Hassan (dua dari kanan) menjalinka­n kerjasama EZSNAP bagi membantu universiti memperkasa­kan tadbir urus pengurusan kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia