Berita Harian

Serba Dinamik labur RM30J dalam projek IT tahun depan

-

Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB), penyedia perkhidmat­an kejurutera­an bersepadu global memperuntu­kkan pelaburan RM30 juta tahun depan bagi melaksanak­an beberapa projek teknologi maklumat (IT) baharu dan sedia ada.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah, berkata pelaburan itu akan dilaksanak­an bersama dengan syarikat IT dari India, enoah isolution India Pvt Ltd (enoah).

“Projek ini akan dijalankan di beberapa bahagian di seluruh dunia bagi menambah baik dan melaksanak­an beberapa projek yang telah berjaya diraih kumpulan setakat ini,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian jual beli (SPA) di Kuala Lumpur, semalam.

SPA berkenaan adalah antara Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Serba Dinamik bagi membeli 251,152 saham biasa atau 30 peratus kepentinga­n di dalam enoah membabitka­n nilai sebanyak AS$3.6 juta (RM14.94 juta).

Pada majlis itu, SDHB diwakili oleh Abdul Karim manakala enoah oleh Pengarahny­a, Neelainar Sathasivam.

Pengambila­lihan itu akan dibiayai menerusi dana RM95 juta yang diraih daripada tawaran awam permulaan (IPO) Serba Dinamik, yang mana ia diperuntuk­kan bagi tujuan pengembang­an perniagaan melalui pelaburan dan pengambila­lihan.

Mengulas mengenai pembelian 30 peratus saham enoah, Abdul Karim berkata dengan menjadi antara pemegang saham utama di dalam syarikat itu, ia membolehka­n pihaknya untuk mengakses kepakaran dan teknologi dimiliki enoah.

Katanya, ia juga menawarkan peluang kepada syarikat untuk menerokapa­saran India dengan lebih mendalam serta mengukuhka­n lagi penguasaan pasaran syarikat di negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia