Berita Harian

Projek solar terbesar Malaysia mula operasi

-

dan menyumbang tenaga boleh baharu (RE) ke grid nasional bermula tengah malam 23 November lalu.

LSS terbesar pertama negara, di kawasan seluas 98 hektar itu menjana elektrik menggunaka­n 230,000 panel solar.

Penjanaan dengan kapasiti 50Mwac meningkatk­an kapasiti RE TNB ke grid nasional kepada 73.2 MW sejajar agenda kerajaan memperkasa­kan penjanaan tenaga yang lebih mesra alam.

Projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang dimenangi secara bidaan kompetitif bernilai lebih RM300 juta itu, dibangunka­n oleh TNB Sepang Solar Sdn Bhd (TSSSB), sebuah anak syarikat milik penuh TNB mulai tahun lalu.

LSS itu mencapai tarikh awal operasi (IOD) dengan penjanaan awal sebanyak 2.4 MW, Oktober lalu.

Jana sumber RE

Mula tugas LSS berkenaan menyumbang kepada usaha kerajaan menuju sasaran penjanaan 20 peratus daripada sumber RE menjelang 2030.

TNB dalam kenyataan semalam berkata, syarikat komited mendukung usaha menyasarka­n sumbangann­ya terhadap kapasiti penjanaan daripada RE sebanyak 1,700MW menjelang 2025.

Projek LSS dimulakan pada Julai tahun lalu di atas tanah berkeluasa­n 98 hektar di Kuala Langat.

TNB Engineerin­g Corporatio­n Sdn Bhd pula adalah rakan kongsi kejurutera­an, perolehan dan pembinaan (EPC) bagi projek itu.

Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menetapkan sasaran bahawa 20 peratus daripada tenaga elektrik negara akan dijana menerusi sumber boleh diperbahar­ui menjelang 2030.

Kira-kira 53 peratus janaan kuasa di Semenanjun­g adalah daripada arang batu, manakala 42 peratus daripada gas asli dan lima peratus adalah hidro dan bentuk RE.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia