Berita Harian

Wework buka pejabat di Malaysia suku pertama 2019

-

Wework, platform berkonsepk­an ruang ‘kerja bersama’ dari New York akan membuka ruang kerja pertamanya di negara ini pada suku pertama 2019, menjadikan­nya ruang pejabat terbesar di rantau Asia Tenggara.

Ruang lima tingkat di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur yang mampu menampung sehingga 1,900 kakitangan itu menawarkan tiga ruang utama - ‘hot desk’ (RM950 sebulan); meja khusus (RM1,150 sebulan) dan suite pejabat (bermula RM1,200 sebulan).

Kadar sewa itu termasuk akses ke pejabat, utiliti, minuman tanpa had, bilik mesyuarat dan kredit perkhidmat­an percetakan, akses Wifi berkelajua­n tinggi dan kemasukan ke semua 335 ruang Wework.

Pengarah Urusan Wework Asia Tenggara, Turochas T Fuad, berkata kehadiran Wework ke negara ini didorong oleh pasaran Malaysia yang kukuh dan ramalan pertumbuha­n ekonomi Asia yang stabil.

“Malaysia mempunyai persekitar­an perniagaan yang rancak serta kedudukan yang unik di Asia Tenggara. Sebagai pusat sehenti dari segi rekaan, pembanguna­n hartanah serta pengurusan, kami mampu menyediaka­n ruang yang penuh dengan ciri istimewa.

“Memandangk­an Malaysia ialah pintu ekonomi ASEAN, kehadiran kami di sini membuka peluang untuk ahli kami berhubung, beroperasi dan berkembang tanpa batasan sempadan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Pengarah Daman Land GPL Group, Datuk Douglas Cheng dan Pengarah Teknologi Wework Asia Tenggara, Beverly Dolor.

Sentuhan kemanusiaa­n

Sementara itu, Dolor berkata, pihaknya berazam untuk mentransfo­rmasikan masa depan kerja, dengan memberi sentuhan kemanusiaa­n kepada kerja, kehidupan dan hiburan, selain mengubah bangunan kepada persekitar­an perniagaan yang dinamik untuk memupuk kreativiti, fokus dan perhubunga­n.

Pada majlis itu, Wework turut memeterai perjanjian perkongsia­n pendapatan dengan Daman Land yang mana kedua-dua pihak memperoleh manfaat keuntungan dan perkongsia­n kepakaran.

Cheng berkata, berbekalka­n ekosistem Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat pemula yang pesat membangun, Daman Land teruja untuk melakar fasa pertumbuha­n Malaysia bersawa Wework bagi memperbaha­rui ekosistem tempatan serta membawa masuk lebih banyak peluang perniagaan.

“Menerusi kerjasama ini, kami berharap dapat memanfaatk­an kemampuan Wework bagi mencipta nilai, serta pendekatan­nya yang bukan saja mampu membina komuniti, malah memberi impak positif kepada bandaraya ini,” katanya.

Pelan pengembang­an ke Kuala Lumpur adalah sejajar dengan pelan pengukuhan syarikat di Asia Tenggara di mana Wework kini beroperasi di 16 lokasi dengan lebih 11,000 ahli di seluruh Asia Tenggara termasuk Singapura, Ho Chi Minh, Manila, Jakarta dan Bangkok.

Peringkat global, Wework berada di 83 bandar dan 24 negara di dunia dengan lebih 320,000 ahli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia