Berita Harian

QSR tumpu pasaran berpotensi tempatan

Syarikat sasar pertumbuha­n lima peratus jualan tahun depan

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR), operator francais restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja akan terus memberi tumpuan mengukuhka­n pasaran tempatan dan menyasarka­n pertumbuha­n lima peratus jualan tahun depan.

Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, berkata pihaknya komited memperkuku­h jenama KFC dan Pizza Hut serta meneroka pasaran berpotensi di seluruh Malaysia.

Katanya, bagi tempoh tiga tahun akan datang QSR Brands merancang untuk membuka 65 cawangan KFC dan 60 cawangan Pizza Hut.

“Kami yakin pasaran Malaysia masih berpotensi besar untuk terus diperkemba­ngkan dan buat masa ini fokus kami hanya pada pasaran tempatan, bukan luar negara.

Mahu jadi pesaing

“Kami juga berhasrat menjadi peneraju dalam menyediaka­n perkhidmat­an berinovati­f bagi memberi manfaat kepada pelanggan,” katanya kepada media pada majlis kerjasama antara KFC Malaysia dan aplikasi perkongsia­n kereta, SOCAR di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia, Leon Foong.

Menerusi kerjasama itu, QSR memperkena­lkan 12 Zon SOCAR bersama ganjaran menarik untuk dinikmati pelanggan dari 5 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019.

Foong berkata, SOCAR bersama KFC sedang berusaha memperluas­kan lagi komuniti multiflex dan perkongsia­n kereta.

“SOCAR baru saja mengembang­kan sayap ke Johor Bahru dan bakal diikuti dengan zon utara dan timur tidak lama lagi. Kami juga merancang menyediaka­n pilihan mobiliti mudah kepada semua warga Malaysia bagi melakukan perjalanan, bukan saja di Kuala Lumpur malah di seluruh negara.”

Pada masa ini, sebanyak 20 kereta akan berada di 12 zon SOCAR di cawangan KFC terpilih, Kuala Lumpur (tujuh) dan Johor (lima) menjadikan zon SOCAR terkini adalah sebanyak 475 lokasi.

“Kami mempunyai lebih 900 kereta yang disediakan untuk pelanggan dan akan menambah bilanganny­a dari masa ke masa,” katanya.

Sementara itu, pelanggan KFC Delivery dalam talian akan menikmati diskaun SOCAR sepanjang kempen berlangsun­g.

Dengan perbelanja­an di KFC minimum RM40 dalam satu transaksi, pelanggan dapat menikmati diskaun RM40 daripada tempahan SOCAR seterusnya (kecuali kereta BMW dan Mini Cooper).

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH] ?? Mohamed Azahari (kanan) dan Leon Foong pada majlis kerjasama antara KFC Malaysia dan aplikasi perkongsia­n kereta, SOCAR di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH] Mohamed Azahari (kanan) dan Leon Foong pada majlis kerjasama antara KFC Malaysia dan aplikasi perkongsia­n kereta, SOCAR di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia