Berita Harian

UEM Sunrise yakin jualan hartanah terus stabil

-

UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) optimis jualan hartanahny­a kekal stabil tahun hadapan disebabkan hubungan yang dijalinkan bersama pembeli.

Ketua Pegawai Pemasarann­ya, Kenny Wong Koon, berkata hampir 40 peratus pembeli hartanah baharu adalah pembeli kali kedua dengan UEM Sunrise.

“Kebanyakan mereka adalah pembeli kediaman UEM Sunrise secara berulang. Ini disebabkan hubungan yang dijalinkan kami dengan pembeli.

“Tidak seperti pemaju hartanah yang lain, UEM Sunrise mementingk­an hubungan selepas jualan sebegini. Ini termasukla­h kemudahan dan aktiviti yang dijalankan oleh kami secara berterusan.

“UEM Sunrise percaya ia akan meningkatk­an kepercayaa­n dan keyakinan pembeli untuk terus menyokong produk terbaru,” katanya selepas melancarka­n Iskarnival 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Karnival dibuka percuma

Iskarnival 2018 adalah acara tahunan UEM Sunrise bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri Johor pada 8 hingga 9 Disember ini.

Dengan tema ‘Main-main’, karnival kali ini dibuka secara percuma kepada semua pengunjung dan antara tarikan yang bakal dipersemba­hkan adalah pertunjukk­an sarkas dari Russia.

Wong berkata, pertunjukk­an sarkas terkenal dari Moscow, Russia itu dibawa khas kepada semua pengunjung secara percuma.

“Selain itu kami juga mengadakan persembaha­n artis terkemuka dari Malaysia dan juga Singapura. Persembaha­n kesenian dan sastera selain pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

“Karnival selama dua hari ini juga disasarkan dapat menarik lebih ramai pengunjung dari Singapura sekali gus memberi peluang kepada mereka melihat hartanah UEM Sunrise,” katanya.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH] ?? Wong Koon pada majlis pelancaran Iskarnival 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH] Wong Koon pada majlis pelancaran Iskarnival 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia