Berita Harian

FBM KLCI turun 6.72 mata

Penangguha­n perang dagangan AS, China cetus ketidakten­tuan

-

gakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.75 bilion unit bernilai RM1.52 bilion daripada 2.44 bilion unit bernilai RM2.08 bilion.

Peniaga berkata tempoh dagangan beberapa bursa AS adalah lebih pendek hari ini sempena hari memperinga­ti mendiang Presiden George HW Bush.

“Bagaimanap­un, setakat ini dagangan di bursa AS rendah berikutan penyusutan hasil Perbendaha­raan AS jangka panjang, menjadikan pelabur bimbang mengenai unjuran ekonomi negara maju itu,“katanya.

Pada peringkat rantau, Hang Seng Hong Kong merosot 440.76 mata atau 1.62 peratus kepada 26,819.68, Indeks Straits Times Singapura turun 17.01 mata atau 0.51 peratus kepada 3,150.10 manakala Indeks Komposit Jakarta Indonesia susut 19.74 mata atau 0.32 peratus kepada 6,133.12.

Bagi pasaran tempatan, antara saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah kepada RM9.42 dan RM24.88, Tenaga turun 22 sen kepada RM13.93 dan Petronas Chemicals naik enam sen kepada RM9.21.

Antara saham aktif, Bumi Armada susut 1.5 sen kepada 17 sen, Sapura Energy kurang satu sen kepada 33.5 sen, Techbond yang baru disenaraik­an di Pasaran Utama melonjak 20 sen kepada 86 sen dan Hubline tidak berubah pada empat sen.

Indeks FBM Emas Syariah turun 71.79 mata kepada 11,685.88, FBM 70 susut 39.66 mata kepada 13,566.04 dan Indeks FBM Ace kurang 61.46 mata kepada 4,743.82.

Indeks FBM Emas susut 48.28 mata kepada 11,653.71 dan Indeks FBMT 100 kurang 43.04 mata kepada 11,528.94.

Indeks Perladanga­n turun 31.64 mata kepada 6,905.32 dan Indeks Barangan dan Perkhidmat­an Perindustr­ian kurang 0.52 mata kepada 169.87 namun Indeks Perkhidmat­an Kewangan naik 11.59 mata kepada 17,457.81.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 1.27 bilion saham bernilai RM1.4 bilion daripada 1.91 bilion saham bernilai RM1.96 bilion yang dicatatkan kelmarin.

Waran merekodkan jumlah dagangan sebanyak 306.05 juta unit bernilai RM81.96 juta berbanding 334.85 juta unit bernilai RM78.31 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 170.32 juta saham bernilai RM36.67 juta daripada 189.21 juta saham bernilai RM42.02 juta.

Barangan dan perkhidmat­an penggguna menyumbang 184.42 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an industri (322.43 juta), pembinaan (67.44 juta), teknologi (81.73 juta), SPAC (264,400), perkhidmat­an kewangan (29.75 juta) hartanah (68.53 juta), perladanga­n (37.36 juta), REIT (7.13 juta), dana tertutup (sifar), Tenaga (344.58 juta), penjagaan kesihatan (31.20 juta), telekomuni­kasi dan media (35.52 juta), pengangkut­an dan logistik (40.99 juta) dan utiliti (18.15 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia