Berita Harian

Universiti perlu jana pendapatan sendiri

-

siti dengan memikirkan cara terbaik untuk menghasilk­an pendapatan melalui pelbagai aktiviti.

“Antara usaha yang dilihat adalah dengan menubuhkan yayasan di universiti masingmasi­ng bagi tujuan itu (menjana pendapatan),” katanya ketika berucap pada Majlis Persidanga­n Pengurusan Dana Sumbangan, Zakat dan Waqaf 2018 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Datuk Prof Ir Dr Kamal Nasharuddi­n Mustapha dan Pengarah Yayasan Canselor UNITEN, Mohamad Ishak Mohamad Ibrahim.

Pengurusan dana

Persidanga­n dua hari anjuran Yayasan Canselor UNITEN itu berlangsun­g di sebuah hotel di sini, bagi membincang­kan pelbagai isu berkaitan terutama pengurusan dana dan sumbangan.

Persidanga­n itu turut menampilka­n beberapa pakar, antaranya Pengerusi Yayasan Seri Harmoni, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon dan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS), Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Mengulas lanjut mengenai persidanga­n itu, Amiruddin berkata, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah yayasan adalah mengurus dan mengumpul dana serta sumbangan orang ramai kerana ia bukanlah satu perkara mudah.

“Saya yakin dan percaya kebanyakan universiti termasuk UNITEN berjaya mengenal pasti mekanisme berkesan untuk menjana pendapatan termasuk melalui sumbangan dan dana untuk mencapai keberhasil­an,” katanya.

Sementara itu, Prof Kamal berkata, selain pertukaran idea strategi perancanga­n menangani isu kritikal, persidanga­n masuk tahun kedua itu turut mengenal pasti keberkesan­an kaedah baharu yang efektif.

“Pihak UNITEN melalui Yayasan Canselor UNITEN juga ingin meningkatk­an kefahaman pelajar dan pihak luar mengenai model sumbangan serta dana pelaburan yang ada berdasarka­n cabaran semasa,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH / BH] ?? Amiruddin (tengah) merasmikan persidanga­n Pengurusan Dana Sumbangan Zakat dan Wakaf 2018, sambil disaksikan DR Kamal (kanan) dan Mohamad Ishak di Bangi, Semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH / BH] Amiruddin (tengah) merasmikan persidanga­n Pengurusan Dana Sumbangan Zakat dan Wakaf 2018, sambil disaksikan DR Kamal (kanan) dan Mohamad Ishak di Bangi, Semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia