Berita Harian

Pencapaian calon PPSR di Selangor meningkat

-

Selangor menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan membabitka­n keempatemp­at komponen Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) 2018 termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berbanding tahun sebelumnya.

Antara yang menjadi tumpuan adalah jumlah calon yang memperoleh Gred E dalam semua kertas diduduki dalam UPSR berkuranga­n 0.19 peratus iaitu 1.10 peratus berbanding 1.29 peratus pada tahun 2017.

Sementara jumlah calon yang memperoleh Gred A dalam semua kertas diduduki meningkat 122 calon iaitu 1,997 atau 2.5 peratus pada tahun ini, berbanding 1,876 (2.32 peratus) tahun 2017.

Jumlah calon yang menduduki peperiksaa­n di negeri itu turut mencatat peningkata­n iaitu 81,580 calon berbanding 80,937 calon pada tahun 2017.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim, berkata peningkata­n calon memperoleh A dan E adalah antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang di- sasarkan jabatannya.

Fokus menyeluruh

Katanya, di samping

pihaknya juga memberi tumpuan menyeluruh terhadap elemen Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD), Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) serta Pentaksira­n Psikometri­k (Ppsi).

“Kita tidak hanya memfokuska­n pada program

sahaja, malah, saya juga mengingatk­an semua guru besar dan guru supaya memberi fokus menyeluruh kepada kesemua komponen penting ini.

“Dari segi PAJSK di Selangor, kita tiada masalah. Contohnya, kejayaan di dalam bidang sukan, kokurikulu­m dengan peperiksaa­n adalah saling berkaitan, malah atlet negeri ini sering menunjukka­n kehebatan yang tiada tolok bandingnya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) 2.0 peringkat Selangor, di sini, kelmarin.

Majlis perasmian program berkenaan disempurna­kan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembanguna­n Profesiona­lisme Keguruan), Datuk Sulaiman Wak.

Mohd Salleh turut meletakkan harapan tinggi kepada atlet Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) bagi mengekalka­n kejuaraan pada Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-18 tahun ini.

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN / BH] ?? Sulaiman (tengah) bersama-sama pegawai dan fasilitato­r LINUS yang diraikan pada Majlis Apresiasi Program LINUS 2.0 di Shah Alam, baru-baru ini.
[FOTO OWEE AH CHUN / BH] Sulaiman (tengah) bersama-sama pegawai dan fasilitato­r LINUS yang diraikan pada Majlis Apresiasi Program LINUS 2.0 di Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia