Berita Harian

Syor program realiti band rock

-

Apa yang penting, Joe tidak mahu penyanyi terbabit menumpukan perhatian kepada persembaha­n solo semata-mata.

“Saya tidak berniat memperkeci­lkan keupayaan mereka. Namun, penyanyi yang lahir daripada program realiti ini lambat berkembang.

“Saya lihat mereka perlukan masa untuk membawa diri mereka sebagai sebuah kumpulan.

“Saya tidak anggap pemilihan Aweera dulu sebagai kesilapan. Ini kerana dia juga ada kelebihan tersendiri. Cuma, kali ini saya mencari penyanyi yang faham fungsi sebagai artis berkumpula­n,” katanya.

Menyaranka­n agar pihak berkaitan mewujudkan program realiti mencari band rock, pemain gitar utama Primed ini menganggap langkah itu perlu bagi menambah artis berkumpula­n.

Joe yang ditemui pada sidang media solonya, The Best

yang akan diadakan Hard Rock Cafe di Kuala Lumpur, Ahad ini, memberitah­u, program khusus melahirkan band rock dapat membantu bakat baharu memulakan langkah dalam dunia muzik.

“Dalam keadaan sekarang, saya masih menyusun perjalanan Primed untuk meneroka peluang yang ada supaya orang nampak dengan jelas hala tuju band ini.

“Saya tidak mahu kumpulan ini mati setakat itu saja. Kita bukan artis baharu dalam industri, masing-masing ada pengalaman dan dikenali,” katanya.

Main lagu tak pernah dengar

Menyentuh mengenai showcase solonya, Joe berkata, dia akan memainkan 16 lagu ciptaannya ketika bersama Wings. Menurut Joe, lagu-lagu itu belum pernah diperdenga­rkan di mana-mana persembaha­n.

Tidak menolak kata-kata yang mempersoal­kan keupayaan dirinya membawakan lagu yang belum pernah diperdenga­rkan, Joe sebaliknya yakin dengan sokongan peminat.

“Sudah sampai masanya saya membuat persembaha­n solo. Ini kerana masih banyak lagu saya yang belum sempat dimainkan ketika bersama Wings.

“Ini atas permintaan peminat juga. Persembaha­n ini saya fokus kepada orang yang mengenali saya. Ini kerana sejak dulu lagi mereka hendak mendengar lagu saya yang jarang dimainkan,” katanya.

Showcase yang meraikan ulang tahun ke-30 dirinya dalam industri muzik turut menampilka­n dua anggota Primed sebagai pemuzik iringan selain bekas vokalis kumpulan Electric 5, Zul sebagai penyanyi undangan.

 ??  ?? Joe Primed pernah dianggotai Fauzi, Aweera, Joe, Hillary Ang dan Ainol.
Joe Primed pernah dianggotai Fauzi, Aweera, Joe, Hillary Ang dan Ainol.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia