Berita Harian

Cukup segala rencah

Keunikan personalit­i, paduan elemen drama dan humor tunjangi kekuatan Spider-man: Into The Spider-verse

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Menongkah arus kebiasaan, filem animasi terbaharu, Spider-man: Into The Spider-verse, mengetenga­hkan jalan cerita yang berbeza dan lebih kreatif.

Ia berkisar mengenai pelajar bijak, Miles Morales ((Shameik Moore)) yang baru memulakan kelas di sekolah berasrama elit di Brooklyn, New York.

Miles bagaimanap­un, men- dapati dia tidak mampu menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baharu dan mahu kembali bersama rakan lamanya.

Dalam kekalutan itu, bapa saudaranya, Aaron sentiasa memberinya dorongan untuk mencari diri. Hidupnya berubah apabila dia digigit labahlabah radioaktif.

Miles mendapati dirinya mempunyai kuasa Spider-man, namun tidak mampu mengawal kelebihan itu. Ketika dia mencari jawapan bagaimana dia memperoleh kelebihan itu, Miles bertemu Spider-man sebenar yang memerlukan bantuannya untuk menentang Kingpin.

Selamatkan dunia

Dia perlu meneroka Spidervers­e untuk menyelamat­kan dunia. Lebih menarik lagi, Miles juga perlu menyelamat­kan empat hero lagi iaitu Spidernoir (Nicolas Cage), Spider-girl (Kimiko Glenn), Spider-woman (Hailee Steinfeld) dan Spiderham yang menggelark­an dirinya Peter Porker (John Mulaney). Karakter Miles agak berbeza daripada hero Marvel yang lain. Menerusi karakter Miles, penonton dapat menyelami cintanya terhadap grafiti dan hubungan bersama ayahnya yang juga seorang anggota polis.

Semua itu membuatkan filem arahan Bob Persichett­i, Peter Ramsey dan Rodney Rothman itu cukup rencah.

Tambah menarik, mendiang Stan Lee turut membuat penampilan khas seperti filem terdahulu dan kali ini, muncul sebagai pemilik kedai cenderahat­i Spider-man.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia