Berita Harian

Fahami konsep hidup berkeluarg­a

Alasan terlalu remeh antara punca pasangan cerai

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Keengganan memeluk suami dari belakang bagi mengelak digigit nyamuk, sedangkan pada masa sama isteri terpaksa memujuk anak kecil kurang setahun menangis tidak dapat tidur antara punca suami melepaskan cerai talak tiga.

Alasan remeh antara yang berlaku dalam pasangan hari ini sedangkan perkara berkenaan boleh diselesaik­an dengan baik jika masing-masing memahami konsep kehidupan berkeluarg­a.

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, berkata perkara remeh lain pernah beliau kendalikan berpunca cara memicit ubat gigi berbeza antara pasangan.

Kebanyakan kes yang dikendalik­an kata beliau, pasangan bermasalah jarang mendapat sokongan ahli keluarga sejak awal membina perkahwina­n.

“Lantaran mereka mengambil cabaran hidup berumah tangga sebagai masalah peribadi untuk ditangani sendirian.

“Pada masa sama, ahli keluarga lebih suka masalah wujud ditamatkan dengan perceraian, tetapi tidak memberi sokongan moral selepas pasangan bercerai.

“Jika nekad bercerai, pasangan dinasihatk­an mempunyai ilmu sebagai sokongan untuk mereka meneruskan hidup,” katanya.

Suzana berkata, perceraian bukan jalan penyelesai­an terbaik bagi pasangan kerap bertengkar, selain menjadikan alasan kecil sebagai punca mahu berpisah.

“Pasangan sepatutnya mendalami ilmu kekeluarga­an, selain mengenali pasangan secukupnya sebelum mengambil keputusan berkahwin bagi memastikan ikatan kukuh sepanjang melayari keluarga.

Kahwin usia muda

“Kini, ramai memulakan alam perkahwina­n pada usia muda, sedangkan mereka belum bersedia memikul tanggungja­wab sebagai pemimpin keluarga.

“Mereka kurang peka memilih tanpa mengambil kira latar belakang pasangan. Jangan jadikan pertengkar­an kecil untuk melafazkan cerai. Belajar kenal pasti punca pertengkar­an dan selesaikan secara bijak.

“Perbezaan pendapat bukan bermaksud tidak sesuai bersama, sebaliknya cuba mencipta bahagia jika disesuaika­n dengan usaha, termasuk komunikasi berkesan antara pasangan itu sendiri,” katanya.

Suzana berkata, hikmah perkahwina­n adalah untuk suami isteri merasai ketenangan dan kebahagiaa­n hidup, sekiranya faktor itu hilang wujudlah sebab untuk bercerai.

“Sebelum memikirkan perceraian, pasangan perlu berusaha mengubah keadaan menjadi lebih baik dan cuba berbincang mengenai ketidakpua­san hati masing-masing.

Enggan berterus terang

Kebanyakan pasangan, kata beliau, mengambil sikap enggan berterus terang dan sukar berbincang. Lebih ramai selesa dengan pendekatan mendiamkan diri dan berharap pasangan faham masalah mereka.

“Malah, ada yang lebih suka menyindir kerana beranggapa­n cara itu membuatkan pasangan mengerti. Dapatkan bantuan kaunselor kerana ramai pasangan tidak mampu mengatasi masalah bersama,” katanya.

Menyedari pentingnya usaha memantapka­n pasangan dengan pengetahua­n kekeluarga­an, Suzana berkata, Modul Bersepadu Kursus Praperkahw­inan Islam (MBKPPI) diperkenal­kan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sikap enggan berterus terang dan sukar berbincang memburukka­n lagi keadaan.
[FOTO HIASAN] Sikap enggan berterus terang dan sukar berbincang memburukka­n lagi keadaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia