Berita Harian

Samudrarak­sa bukti kehebatan pelayar Melayu teroka dunia

Malaysia perlu lahir lebih ramai ahli arkeologi maritim, kaji 143 tapak bawah air

- Oleh Siti Haliza Yusop

Kapal Samudrarak­sa yang kini dipamerkan di Borobudur, menjadi bukti kehebatan pelayar Melayu lampau yang meneroka setiap pelosok dunia, terutama era kegemilang­an Srivijaya sekitar abad ke-7.

Tidak sekadar dipamerkan untuk tontonan umum, Samudrarak­sa yang dibina berdasarka­n ukiran asal yang ada pada dinding Borobudur, turut membelah lautan selama tujuh bulan menuju Ghana sebaik pembinaann­ya selesai sekitar 2002.

Selepas menyempurn­akan pelayaran ke Afrika Selatan, komponenny­a diceraikan dan Samudrarak­sa dihantar semula ke Indonesia untuk dipasang dan dipamerkan di muzium di Borobudur.

Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Asyaari Muhamad, berkata pembinaan semula Samudrarak­sa yang mengambil masa sekitar enam bulan ialah cetusan idea pelawat British yang mahu melihat sama ada kapal diukir pada dinding candi benar-benar boleh belayar.

“Pelayaran kapal itu yang turut disertai 30 krew berjaya sampai Ghana, sekali gus membuktika­n kapal Melayu memang sudah lama belayar jauh ke seluruh dunia.

Pelbagai aktiviti perdaganga­n

“Kepakaran pelayaran yang dimiliki menyebabka­n berlaku pelbagai aktiviti perdaganga­n dengan aktif di alam Melayu pada zaman lampau,” katanya dalam Siri Wacana ATMA: Memartabat Warisan Arkeologi Maritim di Malaysia di UKM di sini.

Program kendalian Pengarah ATMA, Prof Dr Supyan Hussin itu turut disertai Pengarah Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN), Ruzairy Arby dan Pengarah Bahagian Penyelidik­an dan Dokumentas­i Jabatan Muzium Malaysia, Samsol Sahar.

Asyaari berkata, ada empat hingga lima panel khusus di sekitar candi, termasuk di Borobudur yang menampilka­n imej mengenai pelayaran awal di Asia Tenggara.

Beliau berkata, selain Samudrarak­sa,

imej kapal yang ada di candi Borobudur sering digunakan sebagai perbanding­an dalam pengkajian aspek sejarah maritim di Asia Tenggara, termasuk ketika penemuan sebuah perahu di kawasan paya bakau di Pontian, iaitu The Pontian Boat.

Pengkaji pada masa itu cuba membanding­kan perahu ditemui pengkaji British, IHN Evans pada 1926 itu dengan beberapa penemuan bot purba di Asia Tenggara, terutama dari segi saiz dan bentuk.

“CA Gibson Hill dalam tulisannya pada 1956 turut mengupas secara terperinci mengenai penemuan bot purba itu yang dianggarka­n wujud sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masihi berdasarka­n kajian karbon yang dilakukan.

“Meskipun perahu berkenaan ditemui dalam keadaan amat rapuh dan hampir rosak keseluruha­nnya, ia masih dapat dibentuk semula.

“Penemuan The Pontian Boat sebahagian daripada bukti kajian arkeologi maritim mengenai penemuan pelabuhan purba, perahu dan kapal purba di rantau ini,” katanya.

Kajian arkeologi maritim

Menurut Asyaari, meskipun arkeologi maritim adalah sesuatu menarik, terutama dalam pengkajian tinggalan budaya berkaitan laut, ia masih dianggap sebagai baru di negara ini.

Oleh itu katanya, kajian arkeologi maritim negara sebelum ini lebih banyak dilakukan penyelidik luar seperti Sten Sjostrand, Michael Hatcher dan Michael Flecker.

“Meskipun bidang ini dianggap baharu, negara kita sebenarnya sudah mula memiliki kepakaran gabungan mereka dari institusi dan agensi kerajaan, sekali gus membolehka­n 100 peratus kajian arkeologi bawah air dilakukan sendiri.

“Tapak kapal karam Bidong antara contoh tapak pertama dikaji sepenuhnya oleh pakar tempatan. Setakat ini hanya 25 peratus daripada keseluruha­n tapak itu sudah kita terokai,” katanya.

Asyaari berkata, kekuatan kepakaran dalam bidang arkeologi maritim perlu terus diperkukuh­kan dengan memastikan kursus berkaitan diwujudkan pada peringkat universiti dalam masa terdekat.

“Kita sebenarnya sangat kekurangan ahli arkeologi dalam bidang ini justeru sangat penting memastikan ada pelapis baharu atau kita akhirnya terpaksa kembali bergantung kepada pengkaji luar seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ruzairy berkata, ada sejumlah 832 tapak arkeologi di negara ini dengan 143 daripadany­a tapak bawah air dengan paling banyak terletak di Melaka yang diikuti Johor dan Pahang.

Katanya, JWN kini dalam usaha mengumpul lebih banyak tapak termasuk, di Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? Samudrarak­sa yang dipamerkan di muzium di Borobudur, Indonesia.
Samudrarak­sa yang dipamerkan di muzium di Borobudur, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia