Berita Harian

Risau Bengali jadi majoriti

Menteri Agama Myanmar hina Muslim Rohingya ekstrem

-

Menteri Agama Myanmar, Thura Aung Ko, bimbang etnik Islam Rohingya akan menjadi penduduk majoriti di negaranya satu hari nanti. Beliau juga menuduh masyarakat yang menjadi pelarian di negara jiran itu dikenakan ‘tekanan minda’ oleh Bangladesh supaya berarak masuk ke negaranya.

Aung Ko juga menghina etnik yang menganuti ajaran Islam itu dengan menyifatka­n agama mereka sebagai ekstrem serta menggelar mereka sebagai ‘keturunan Bengali’.

“Ketika orang kami yang beragama Buddha mengamalka­n monogami dan mempunyai seorang atau dua orang anak, satu ajaran agama ekstrem menggalakk­an penganutny­a beristeri tiga atau empat hingga melahirkan 15, 20 anak.

“Selepas tiga, empat atau lima dekad lagi di negara Buddha ini, komuniti agama itu pasti akan menjadi minoriti di negara sendiri,” katanya dalam satu video disiarkan Radio Free Asia.

Aung Ko memberi penjelasan lanjut terhadap ucapannya 27 November lalu apabila beliau membincang­kan isu kadar kelahiran anggota masyarakat yang menganuti ‘ajaran ekstrem’ yang mengancam penganut Buddha di Myanmar.

Penghantar­an pulang terjejas

Kelmarin, ketika menerangka­n ‘agama yang ekstrem’ itu, beliau mengakui membuat rujukan kepada orang Bengali.

Rancangan menghantar pulang kumpulan awal 2,260 Rohingya dari kem di Bangladesh ke Rakhine bulan lalu terjejas selepas tiada seorang pun pelarian bersetuju kembali, mengatakan mereka mahu jaminan keselamata­n dan kerakyatan.

Komen Aung Ko dalam video itu dikongsi portal berita Newswatch yang turut menyaksika­n beliau berkata: “Pelarian di kem perlindung­an itu turut memberi tekanan minda kepada belia Bengali supaya mara (ke Myanmar). Mereka sudah merancang perkara itu. Masa depan masyarakat Bengali yang sudah terlalu ramai ialah dengan masuk ke Myanmar.”

Kenyataann­ya disiarkan ketika nasib etnik Rohingya menjadi pertikaian diplomatik di antara Myanmar dan masyarakat antarabang­sa.

Komen tidak sepatutnya

Lebih 730,000 etnik Rohingya lari dari negeri Rakhine di Myanmar selepas tentera negara itu mengganas sejak Ogos tahun lalu dan kini berada di khemah perlindung­an di Bangladesh.

Penyiasat Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) menuduh askar Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai, memperkosa dan membakar ratusan perkampung­an Rohingya dengan tujuan menghapusk­an kaum itu. Bagaimanap­un, Kerajaan Myanmar terus menafikan semua dakwaan itu.

Sementara itu, pengerusi sebuah persatuan Islam berpusat di sini, San Aung memberitah­u Reuters menerusi telefon, komen itu ‘amat menyedihka­n.’

“Sebagai menteri agama, beliau tidak sepatutnya bercakap sewenangwe­nangnya,” katanya.

 ?? [ FOTO REUTERS] ?? Aung Ko mendakwa, penduduk majoriti penduduk Buddha di Myanmar akan menjadi minoriti di negara sendiri . Thura Aung Ko
[ FOTO REUTERS] Aung Ko mendakwa, penduduk majoriti penduduk Buddha di Myanmar akan menjadi minoriti di negara sendiri . Thura Aung Ko
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia