Berita Harian

Wanita lahir bayi selepas terima rahim

Kelahiran pertama di dunia daripada penderma sudah meninggal dunia

-

dan alur vagina (faraj).

Kes itu berjaya selepas 10 kes terdahulu pemindahan uterus (rahim) daripada penderma meninggal dunia di Amerika Syarikat (AS), Republik Czech dan Turki, gagal menghasilk­an kelahiran hidup.

Bantu untuk wanita mandul

Bayi perempuan dalam kes Brazil itu dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada usia 35 minggu dan tiga hari serta seberat 2.55 kilogram, kata kajian kes.

Seorang pegawai perubatan di Hospital Universiti Sao Paolo, Brazil, Dr Dani Ejzenberg yang mengetuai penyelidik­an berkata, pemindahan itu, dijalankan pada September 2016 ketika penerima berusia 32 tahun, menunjukka­n teknik itu berjaya dan dapat menawarkan wanita mandul, akses kepada sejumlah besar penderma potensi.

Keadaan biasa menerima pemindahan rahim ialah organ itu datangnya daripada anggota keluarga masih hidup yang bersedia mendermaka­nnya.

“Jumlah individu bersedia dan komited menderma organ sebelum meninggal dunia jauh lebih besar berbanding yang masih hidup, menawarkan potensi penderma lebih besar,” kata Dr Ejzenberg dalam satu kenyataan mengenai keputusan itu.

Beliau menambah, bagaimanap­un hasil dan kesan pendermaan rahim daripada penderma hidup dan meninggal dunia belum dapat dibandingk­an dan berkata, teknik masih perlu diperhalus­i dan dioptimumk­an.

Bayi pertama lahir selepas pemindahan rahim penderma hidup ialah di Sweden pada 2013. Saintis setakat ini melaporkan sejumlah 39 prosedur seperti ini, menjurus 11 kelahiran hidup.

Pakar menganggar­kan, ketidaksub­uran menjejaska­n 10 hingga 15 peratus pasangan usia reprodukti­f di seluruh dunia. Daripada kumpulan itu, satu bagi setipa 500 wanita mengalami masalah arteri uterus.

 ?? [FOTO REUTERS ] ?? Pasukan perubatan memegang bayi pertama dilahirkan menerusi pemindahan organ penderma meninggal dunia di Sao Paolo, Brazil, kelmarin.
[FOTO REUTERS ] Pasukan perubatan memegang bayi pertama dilahirkan menerusi pemindahan organ penderma meninggal dunia di Sao Paolo, Brazil, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia