Berita Harian

Melbourne bakal dipenuhi bintang

-

Melbourne: Serena Williams akan kembali beraksi di Terbuka Australia buat kali pertama sejak memenangi saingan itu pada 2017 ketika kandungann­ya berusia lapan minggu dengan kesemua 100 pemain ranking utama dunia dijangka akan beraksi di Melbourne Park.

Ia termasukla­h pemain sedang berdepan kecederaan, Rafael Nadal serta Andy Murray.

Serena yang kembali ke gelanggang selepas melahirkan anak, melangkah ke pentas final Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) namun berdepan kekecewaan di keduadua kejohanan itu sekali gus menyaksika­nnya kekal dengan rekod memenangi 23 kejuaraan utama.

Serena bakal tampil

Penganjur Terbuka Australia berkata, Serena antara pemain yang akan beraksi pada pembuka tirai Grand Slam tahun depan dalam usahanya untuk menyamai rekod 24 kejuaraan utama dimenangi Margaret Court.

Penampilan­nya itu yang pertama sejak bertelagah dengan pegawai perlawanan ketika final Terbuka AS apabila tewas kepada Naomi Osaka dari Jepun.

Selepas perlawanan itu, Roger Federer menyifatka­n tindakan Serena itu agak keterlalua­n.

“Serena yang ketika ini menduduki ranking ke-16 akan kembali ke Melbourne buat kali pertama sejak memenangi saingan itu pada 2017 ketika kandungann­ya, Alexis Olympia berusia lapan minggu,” kata penganjur kejohanan, Craig Tiley.

Federer juga akan kembali mempertaha­nkan kejuaraan bersama seteru utama, Novak Djokovic manakala Caroline Wozniacki turut turun mempertaha­nkan jawatan untuk saingan wanita.

“Agak istimewa dapat melihat juara bertahan kembali ke sini,” katanya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia