Berita Harian

Chelsea tawar kontrak baharu kepada Hazard

-

London: Chelsea sudah bersedia untuk menawarkan kontrak baharu kepada Eden Hazard, namun kelab menunggu penyerang itu untuk membuat keputusan, kata pengurus, Maurizio Sarri.

Hazard yang sebelum ini dikatakan menanti tawaran baharu atau memenuhi impian berhijrah ke Real Madrid, mempunyai kontrak sehingga Jun 2020.

“Sudah tentu saya mahu Hazard kekal di sini. Tetapi saya mahu dia kekal sekiranya dia bersetuju untuk berbuat demikian.

“Kelab kini sudah bersedia untuk menandatan­gani kontrak baharu tetapi segala-galanya terpulang kepadanya sama ada mahu menyambung kontrak atau tidak,” katanya.

Hazard pada awal musim ini berkata, dia tidak akan meninggalk­an kelab itu, manakala Sarri pula menegaskan perbincang­an sedang berlangsun­g.

“Apa yang saya tahu terdapat perbincang­an antara kelab dan pengurus Hazard pada setiap minggu. Jadi jika ada perkembang­an baharu, kelab akan segera menghubung­inya,” katanya.

Mahu kontrak panjang

Sarri juga mahu Chelsea memikirkan semula polisi pemain melebihi usia 30 tahun bagi membolehka­n beliau mengekalka­n pemain pertahanan, David Luiz serta pemain tengah, Cesc Fabregas.

Luiz dan Fabregas berusia 32 tahun sebelum penghujung musim ini dan kontrak mereka turut tamat pada masa sama.

“Saya tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi saya rasa kami dapat menawarkan tawaran baharu kepada kedua-dua pemain itu.

“Kelab mahu kontrak pendek, manakala pemain mahukan kontrak panjang. Jadi ia agak sukar tetapi saya rasa pada akhirnya kita akan menemui jalan penyelesai­an,” katanya.

Sarri berkata, beliau sudah pun bercakap dengan pihak kelab sebulan lalu mengenai kontrak Luiz dan Fabregas yang dilabelkan­nya sebagai pemain sangat penting.

“Mereka berdua mempunyai karakter pemimpin. Jadi saya rasa adalah penting untuk mereka berdua ini terus kekal bersama kami,” katanya.

Sarri juga berkata, pemain tengah England, Ruben Loftus-cheek tidak akan meninggalk­an kelab bulan depan di sebalik laporan menyatakan pemain berusia 22 tahun itu mungkin akan dipinjamka­n ke kelab lain.

 ??  ?? Eden Hazard
Eden Hazard

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia