Berita Harian

City gah di persada

Guardiola belum tewas, kumpul 41 mata di puncak liga

-

Manchester City mengukuhka­n kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan lima mata selepas mencatat kemenangan 21 ke atas Watford, kelmarin.

Tuan rumah berjaya menghalang City daripada mencipta jaringan hampir sepanjang babak pertama tetapi akhirnya Leroy Sane berjaya menemui ruang pada minit ke-40 untuk meletakkan City di depan 1-0.

Riyad Mahrez menambah gol kedua minit ke-51 dengan merembat deras menerusi kaki kirinya.

City menerima ancaman di hujung perlawanan selepas Abdoulaye Doucoure merapatkan jurang minit ke-85.

Watford yang belum pernah mencatat kemenangan sejak Oktober lalu, cuba untuk mencari gol penyamaan, namun akhirnya mereka kekal melakar kekalahan buat kali ketiga berturut-turut.

Bukan untuk pecah rekod

“Anda tidak boleh berasa selesa di Liga Perdana. Apabila anda mendahului 2-0, ia sebenarnya belum berakhir dengan pemain perlu cuba untuk mencari gol ketiga.

“Apapun kami tampil dengan lebih baik dan berhak menang. Tetapi pemain seharusnya mematikan terus kebangkita­n lawan pada lima minit terakhir.

“Untuk baki lima minit terakhir itu, Watford nyata lebih baik berbanding kami.

“Kemenangan terbaru ini bukan bertujuan untuk memecahkan rekod. Anda tidak boleh mencatat kemenangan dengan mudah untuk sepanjang 38 perlawanan,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

City masih belum tewas pada saingan liga musim ini dengan selesa mengumpul 41 mata mengatasi Liverpool di tangga kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia