Berita Harian

China ikat Ireland

- Bhubaneswa­r, India

China mempamerka­n permainan hambar namun masih mampu untuk mengikat Ireland 1-1 sekali gus membantu Australia menjadi pasukan pertama mara ke suku akhir Piala Dunia.

Penyandang juara, Australia sebelum itu berjaya mencatat kemenangan 3-0 ke atas England dalam satu lagi aksi Kumpulan B.

China, pasukan ranking paling rendah di kejohanan ini, berjaya mencatat keputusan seri buat kali kedua berturut-turut, sekali gus membolehka­n Australia mengatasi semua pasukan dengan kelebihan empat mata.

Mereka yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia, sebelum ini berjaya melakukan kejutan mengikat England 2-2.

Lawan Australia

“Berjaya meraih mata melalui perlawanan ini memang bagus namun kami juga perlu melihat cara bermain. Kami masih belum kalah tapi cara kami bermain tidak cukup bagus, jadi saya masih belum berpuas hati.

“Kami mempunyai keinginan cuba mencari kemenangan. Kami akan menunjukka­n kemampuan ketika menentang Australia,” kata jurulatih China dari Korea Selatan, Kim Sang Ryul.

Mereka selepas ini akan berdepan Australia dan cuba untuk membuktika­n kemampuan sekurang-kurangnya meraih satu lagi mata.

“Anak buah saya tidak menyusun rangkaian pertahanan dengan baik sekali. Mereka membenarka­n Ireland memperoleh peluang menjaringk­an gol namun kami hanya melepaskan satu gol,” kata Sang Ryul.

“Kami melakukan segalanya, namun dalam masa sama kami juga tidak akan melepaskan peluang yang hadir,” kata ketua pasukan Ireland, David Harte.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia