Berita Harian

BAM gugur 12 pemain, lima jurulatih kebangsaan

-

tihan dan Latihan (C&T), BAM memutuskan mengecilka­n skuad sedia ada daripada 60 kepada 48 pemain manakala jurulatih kebangsaan ketika ini seramai 17 dikurangka­n kepada 12.

Pengerusi C&T BAM, Datuk Ng Chin Chai bagaimanap­un enggan mendedahka­n senarai nama jurulatih terbabit, namun menegaskan mereka sudah diberitahu terlebih dahulu sebelum ia dibincangk­an dalam mesyuarat semalam.

“Penguranga­n ini berlandask­an kepada dasar baharu badan induk sukan badminton. Saya harap dengan penguranga­n ini, ia mampu membentuk pasukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“BAM akan bertindak lebih tegas bagi memastikan setiap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kepada pemain dan jurulatih boleh dicapai,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, dekat sini, semalam.

Senarai penuh diputuskan

Chin Chai berkata senarai penuh nama pemain dan jurulatih bagi musim baharu akan diputuskan pada Januari tahun depan.

Sementara itu, katanya, beregu lelaki negara, Goh V Shemtan Wee Kiong akan diberi pilihan meninggalk­an skuad kebangsaan jika tidak berjaya membuktika­n kemampuan mereka, sehingga Mac tahun depan.

“Kita akan berikan KPI baharu. Jika gagal mereka tidak akan lama di BAM. Mereka ada pilihan lain iaitu tinggalkan BAM dan bergerak secara profesiona­l serta mencari tiket ke Sukan Olimpik sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Chin Chai turut mengumumka­n senarai pemain yang mengambil keputusan meninggalk­an skuad kebangsaan atas beberapa faktor termasuk kecederaan selain mahu bergerak secara profesiona­l.

Mereka ialah pemain perseorang­an lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin; perseorang­an wanita, Woon Khe Wei dan beregu wanita, Lee Zii Yii, Goh Yea Ching dan Tan Sueh Jeou.

BERNAMA

 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR ] ?? Chin Chai mempengeru­sikan mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR ] Chin Chai mempengeru­sikan mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia