Berita Harian

Yusri tinggalkan Kelantan bimbing skuad warga kota

- Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Yusri Che Lah memilih untuk bersama pasukan Kuala Lumpur biarpun sebelum ini pernah menyatakan persetujua­n untuk kekal dengan Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Beliau yang baharu saja pulang daripada mengerjaka­n umrah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor dan menganggap ‘jodohnya’ bersama Kelantan hanya sampai setakat itu saja.

“Sejujurnya, secara lisan saya sudah mengesahka­n saya bersedia untuk terus bersama pasukan Kelantan.

“Dalam pertemuan sebelum ini, (pada 20 November), iaitu sebelum saya mengerjaka­n umrah, saya sepatutnya sudah menandatan­gani kontrak, tetapi sehingga saya kembali ke tanah air, kontrak belum lagi disediakan.

“Saya tidak menyalahka­n pasukan Kelantan sebenarnya. Cuma di sini mungkin jodoh saya tidak bersama mereka. Kalau Allah meletakkan saya bersama Kelantan, saya rasa sebelum pergi umrah lagi saya dapat menandatan­gani kontrak itu.

“Dengan kemudahan teknologi internet yang ada pada hari ini, semua urusan itu cukup mudah. Hantar saja (tawaran kontrak) melalui emel dan kita boleh tandatanga­n terus dan ia selesai.

“Bagi saya, semua ini ketentuan Allah, kita hanya merancang,” katanya pada sidang media memperkena­lkannya selaku jurulatih baharu skuad Warga Kota, semalam.

Selepas berjaya kekal di Liga Super musim depan, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) melakukan rombakan dalam barisan kejurulati­han dengan pengendali sementara musim ini, Chong Yee Fatt kembali memikul tanggungja­wab selaku penolong jurulatih.

Ditanya mengenai sasaran yang diletakkan di bahunya, bekas pemain kebangsaan dan Perlis itu percaya skuad Kuala Lumpur mampu menamatkan kedudukan di kelompok lima teratas musim depan.

“Saya rasa dengan pemain yang ada ketika ini iaitu 85 peratus daripadany­a dibarisi pemain lama (musim ini), kita boleh mencapai sesuatu.

“Cumanya mereka kena berkerja untuk memastikan matlamat pengurusan dan matlamat saya sebagai jurulatih tercapai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia