Berita Harian

PKNS FC ikat 7 ‘semut merah’

Shafiq, pertahanan Harimau Malaya antara jadi pilihan

- Oleh Firdaus Hashim

Selepas mengumumka­n mengekalka­n 11 pemain kelmarin, PKNS FC semakin bernafsu dalam pemburuan pertama trofi Liga Malaysia (Liga-m) musim depan apabila semalam mengumumka­n tujuh muka baharu termasuk seorang tonggak skuad Harimau Malaya yang kini beraksi pada separuh akhir Piala AFF 2018.

Pemain baharu yang dirantai skuad The Red Ants itu adalah Nicholas Ryan Swirad bagi posisi pertahanan tengah, Tommy Mawat Bada (sayap), Muhammad Ariff Farhan (tengah), Mohamad Fandi Othman (pertahanan kiri) dan Mohd Farhan Abu Bakar (penjaga gol).

Bagi memastikan ketiadaan Safee Sali yang tidak lagi bersama pasukan musim depan tidak dirasai, pengendali Datuk K Rajagobal turut memikat pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18) kategori penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Super, Shafiq Shaharudin untuk mengisi kekosongan itu.

Umum kuota import

Namun, nama pemain kebangsaan yang bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe ketika ini tidak diumumkan. Ia dijangka diketahui selepas berakhirny­a kempen Piala AFF.

Begitupun, menurut sumber yang boleh dipercayai, bekas tonggak Kedah, Akram Mahinan adalah calon yang dimaksudka­n untuk mengisi bahagian di posisi tengah bertahan.

Menerusi kenyataan media dikeluarka­n kelab itu semalam, empat kuota import akan turut diumumkan kemudian selepas Romel Morales Ramirez sahaja dikekalkan.

“Pengurusan PKNS FC sudah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi musim 2019 dengan merekrut beberapa pemain yang sesuai mengikut falsafah dan taktikal Rajagobal.

“Proses perundinga­n juga dijalankan secara teliti bagi menghormat­i kontrak pemain dengan pasukan asal.

“Berikutan kemasukan tujuh pemain baharu dan 11 pemain yang dikekalkan serta empat import menjadikan skuad Liga Super PKNS FC mempunyai 21 pemain,” kata kenyataan itu.

Malah, untuk memastikan produk dari Akademi PKNS FC diberi peluang merasai bahang saingan liga utama negara, beberapa pemain berpotensi dari skuad Piala Belia dan Presiden akan dinaikkan pangkat. Antaranya pertahanan tengah skuad bawah 19 negara, Shivan Pillay Asokan.

 ?? [ FOTO IHSAN FB PKNS FC ] ?? Enam pemain baharu yang sudah dirantai PKNS FC.
[ FOTO IHSAN FB PKNS FC ] Enam pemain baharu yang sudah dirantai PKNS FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia