Berita Harian

Pelajar maut tak sempat duduki kertas terakhir SPM

-

Sandakan: Seorang pelajar perempuan yang sepatutnya menduduki kertas terakhir peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam, maut apabila dirempuh sebuah kereta di tepi jalan berhampira­n Sri Taman Batu 3 di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Sofianah Azhar, 17, dikatakan datang ke gerai di tepi jalan untuk membantu keluargany­a yang berniaga kuih mengemas barangan, sebelum sebuah kereta yang dipercayai dipandu seorang wanita merempuh gerai berkenaan.

Difahamkan, mangsa diheret kenderaan itu sejauh kira-kira tiga meter sebelum dibantu orang awam yang berada di lokasi kejadian dan dibawa ke masjid berhampira­n.

Akibat kejadian itu, mangsa parah sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.40 pagi semalam.

Gagal kawal kenderaan

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata berdasarka­n siasatan awal, pemandu kereta Hyundai Getz yang dalam perjalanan dari arah Batu 7 ke Batu 3 di sini, dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dan terlanggar peniaga yang sedang berniaga.

“Mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk mendapatka­n rawatan, namun disahkan meninggal dunia awal pagi tadi (semalam).

“Kita minta saksi tampil untuk memberi keterangan. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya kepada NSTP.

Sementara itu, Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.41 petang sebelum menghantar lapan anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian.

Ketika anggota bomba tiba, katanya, mangsa sudah dibawa ke masjid berhampira­n, sebelum dihantar ke hospital menggunaka­n jentera jentera Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS).

 ?? [ FOTO IHSAN JBPM SANDAKAN ] ?? Kenderaan yang dipercayai merempuh Sofianah, petang kelmarin.
[ FOTO IHSAN JBPM SANDAKAN ] Kenderaan yang dipercayai merempuh Sofianah, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia