Berita Harian

Lari keluar premis sebelum letupan

-

Kuching: Bau gas yang kuat mendorong petugas Restoran Nene Chicken, Mohamad Shahrizan, 22, berlari keluar dari premis itu, hanya beberapa saat sebelum berlakunya letupan di pusat beli-belah Cityone Megamall, kelmarin.

Tiada apa dapat dikatakann­ya kecuali bersyukur kerana terselamat dan hanya mengalami kecederaan dalam insiden jam 3.30 petang itu yang sehingga kini meragut tiga nyawa serta mencederak­an 41 mangsa lain.

Mohamad berkata, sebaik terhidu bau gas yang kuat, dia terus bergegas keluar kerana rasa tidak sedap hati.

“Ketika itulah letupan kuat berlaku. Hanya beberapa saat saja yang ‘memisahkan’.

“Saluran gas yang bocor hanya berjarak empat meter dari lokasi saya berada ketika itu, memang kuat bau gas berkenaan. Syukurlah, nyawa masih panjang,” katanya ketika ditemui NSTP.

Mohamad bertugas di Restoran Nene Chicken di Genting Highlands di Pahang, namun dipinjamka­n sementara untuk membantu operasi pembukaan cawangan baharu di pusat belibelah Cityone Megamall yang sepatutnya dijadualka­n ber- langsung semalam.

Impak gegaran cukup kuat

Mohamad berkata, walaupun sempat melarikan diri, dia turut merasakan impak gegaran yang cukup kuat, selain bahang letupan.

“Ia pengalaman yang cukup menggerunk­an,” katanya yang melecur 20 peratus dan masih menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Dalam kejadian kelmarin, berlaku letupan kuat di sebuah restoran di pusat beli-belah itu dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di premis berkenaan.

Impak letupan menyebabka­n bahagian siling dan dinding restoran berkenaan roboh lalu menghempap tiga pekerja yang melakukan pengubahsu­aian restoran berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, pekerja terbabit menguji peralatan dapur di restoran berkenaan menjelang proses pembukaann­ya yang sepatutnya diadakan semalam.

Tiga mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Chin Hsien Loong, 29; O Kui Lim, 49, dan Thee Kiom Joong, 24, kesemuanya rakyat tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia