Berita Harian

Orang Melayu Sarawak diajak sertai PMS

Perpaduan masyarakat di bawah satu bumbung tanpa mengira perbezaan politik

- Oleh Norsyazwan­i Nasri

Persatuan Melayu Sarawak (PMS) sentiasa berusaha memenuhi keperluan sosial, kebudayaan, ekonomi, pendidikan dan keagamaan serta memberi sumbangan kepada pembanguna­n masyarakat Melayu di Sarawak.

Lantaran itu, Yang Dipertua PMS Pusat, Datuk Bolhassan Di, mengajak masyarakat Melayu di negeri ini tanpa mengira perbezaan fahaman politik supaya menganggot­ai PMS, mahupun manamana pertubuhan Melayu yang diiktiraf oleh kerajaan.

“Langkah ini penting agar perpaduan masyarakat Melayu dapat digabungka­n melalui satu bumbung berpersatu­an tanpa mengira perbezaan politik.

“Kita juga mahu masyarakat Melayu mengekalka­n semangat perpaduan dan terus menjalin hubungan erat dengan masyarakat lain,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Jawatankua­sa Perhubunga­n PMS Kawasan Serian di sini, kelmarin.

Tingkatkan ilmu

Pada mesyuarat itu Wan Ismail Wan Sanusi dipilih sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Perhubunga­n PMS Kawasan Serian untuk tempoh 18 bulan akan datang.

Bolhassan berkata, masyarakat Melayu terutama golongan muda mesti mementingk­an usaha meningkatk­an ilmu pengetahua­n, termasuk dalam bidang teknologi maklumat dan ekonomi yang cukup penting ketika ini.

“Tanpa ilmu pengetahua­n kita akan ketinggala­n dan tidak dapat bergerak seiring dengan kemajuan,” katanya.

Sehingga kini PMS mempunyai 12 jawatankua­sa perhubunga­n kawasan iaitu di Muara Tebas, Tabuan Melayu, Sungai Batu, Petra Jaya, Kuching, Meranek, Meludam, Beladin, Simunjan, Pusa, Bintulu dan Serian.

Sejak ditubuhkan pada 4 Januari 2017, MPS mempunyai lebih 2,000 ahli.

 ?? [ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI / BH ] ?? Bolhassan (tengah) menyampaik­an sijil kepada ahli Persatuan Melayu Sarawak (PMS) Serian selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Perhubunga­n PMS Kawasan Serian.
[ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI / BH ] Bolhassan (tengah) menyampaik­an sijil kepada ahli Persatuan Melayu Sarawak (PMS) Serian selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Perhubunga­n PMS Kawasan Serian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia