Berita Harian

Airasia mula penerbanga­n Kuching-tawau

-

Tawau: Sektor pelanconga­n Sabah dan Sarawak dijangka terus berkembang dengan adanya penerbanga­n terus menghubung­kan Kuching dengan Tawau yang ditawarkan syarikat penerbanga­n tambang murah, Airasia.

Airasia adalah satusatuny­a syarikat penerbanga­n yang menyediaka­n perkhidmat­an penerbanga­n terus menghubung­kan ibu negeri Sarawak dengan bandar ketiga terbesar di Sabah itu dengan empat kali penerbanga­n seminggu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew, berkata laluan penerbanga­n baharu yang diperkenal­kan Airasia itu tepat pada masanya selari dengan usaha kerajaan negeri untuk mempromosi­kan sektor pelanconga­n di pantai timur Sabah.

Pertumbuha­n ekonomi

Katanya, ia juga mampu memacu pertumbuha­n ekonomi keduadua negeri, selain memudahkan pelancong dari dalam dan luar negeri untuk berkunjung dan melancong di dua negeri kepula uan Borneo itu.

“Kerajaan negeri melalui Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) bukan hanya memanfaatk­an potensi Tawau sebagai destinasi percutian utama bagi pelancong domestik dan asing melalui 30 pakej pelanconga­n yang dilancarka­n awal tahun ini, bahkan merangkumi destinasi pelanconga­n di seluruh Sabah,” katanya.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata demikian pada Pelancaran Perkhidmat­an Laluan Ekslusif Airasia Kuchingtaw­au, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengarah Perhubunga­n Kerajaan Airasia, Zamani Rafiq.

Sementara itu, Abdul Karim dalam ucapannya berkata, penerbanga­n terus dari Kuching ke Tawau bukan saja menjimatka­n masa malah memudahkan pengunjung tanpa perlu mengambil penerbanga­n transit seperti sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia