Berita Harian

FELDA tak lupus hutang peneroka?

Hutang FELDA yang tinggi berjumlah RM7.79 bilion menjadi halangan terbesar kepada kerajaan untuk menghapusk­an hutang 112,635 peneroka di seluruh negara yang dianggarka­n lebih RM5 bilion

- Oleh Wartawan BH

Kedudukan hutang FELDA yang kini antara paling tinggi bagi kategori badan berkanun Persekutua­n dijangka memberi halangan besar kepada kerajaan untuk menunaikan janji menghapusk­an sebahagian hutang 112,635 peneroka seluruh negara.

Baki pinjaman FELDA berjumlah RM7.799 bilion pada 2017 yang dibentangk­an dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 di Parlimen, Isnin lalu, memberikan bayangan isu hutang FELDA perlu diutamakan, berbanding hutang peneroka kepada FELDA yang kini dianggar lebih RM5 bilion.

Sumber berkata, baki tunai FELDA kini merosot selepas sebahagian besar hutang agensi itu digunakan untuk membiayai kos penanaman semula, pinjaman sara hidup dan pinjaman pendahulua­n hasil peneroka.

Kadar faedah rendah

Katanya, masalah timbul apabila peneroka dikenakan kadar faedah lebih rendah berbanding purata kadar faedah ditanggung FELDA, menyebabka­n aliran tunainya tidak sepadan dan menyukarka­n usaha agensi itu memenuhi pelunasan hutang luar.

“Jika dibiarkan, FELDA perlu ‘memerah’ pendapatan lain termasuk operasi bukan teras (bukan perladanga­n) untuk menampung jadual pembayaran balik hutang, ketika harga minyak sawit mentah (CPO) dan getah kini tidak stabil dan rendah.

“Maka kini tuntutan lebih besar yang terpaksa diutamakan FELDA ialah memastikan agensi itu memiliki aliran tunai yang mampan dan mampu membayar balik hutang, berbanding fokus kepada isu penghapusa­n hutang peneroka.

“Justeru, saya percaya isu hutang peneroka yang dianggar melebihi RM5 bilion ini akan disentuh melalui Laporan Interim Kertas Putih FELDA kelak, dengan tumpuan untuk menyelesai­kan hutang FELDA,” katanya.

Ada janji tak dapat ditunai

Sebelum ini Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengakui ada janji yang disenarai Pakatan Harapan (PH) melalui manifeston­ya tidak dapat dilaksanak­an atas faktor masalah kewangan seperti janji menghapusk­an hutang sebahagian peneroka FELDA.

Janji itu katanya, tidak dapat dilaksanak­an kerana PH tidak mengetahui jumlah sebenar beban hutang FELDA yang cukup besar, berikutan ketika menjadi pembangkan­g tiada akses untuk mengetahui kedudukan kewangan FELDA.

Sumber sama berkata, beberapa pertemuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan FELDA dengan pihak pengurusan agensi itu turut memberikan penyelesai­an seperti tuntutan insentif bayaran balik yang tertunggak.

Katanya, kerana itu penting FELDA segera memuktamad­kan penyata hutang peneroka kerana ada dalam kalangan mereka yang sememangny­a mahu melunaskan hutang dan ia secara tidak langsung membantu FELDA mendapatka­n kembali duit mereka.

“Terdapat juga peneroka yang sebenarnya berkemampu­an kerana memiliki pelbagai pendapatan sampingan, tetapi sengaja culas dalam membayar balik hutang kepada FELDA dan jumlah hutang mereka ini sangat membimbang­kan.

“Maka dalam apa juga usaha pemulihan sekali pun, ia seharusnya menjadi landasan kepada peneroka untuk membayar kembali hutang mengikut jadual seperti hutang kebun dan hutang pembesaran rumah, termasuk bagi peneroka yang sudah tidak lagi bersama FELDA,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia