Berita Harian

PENEROKA MAMPU CULAS BAYAR HUTANG

Enggan bayar walau mampu burukkan lagi kedudukan kewangan agensi

- Oleh Wartawan BH bhnews@bh.com.my

Tindakan segelintir peneroka yang enggan melunaskan hutang kepada FELDA walaupun berkemampu­an untuk berbuat demikian, ibarat ‘bom jangka’ yang kini memburukka­n lagi kedudukan kewangan agensi itu.

Sikap culas itu diburukkan dengan kewujudan kelompok tertentu peneroka yang tidak lagi bersama FELDA apabila hasil dituai tidak diserahkan kepada agensi terbabit, pada masa sama turut berhenti daripada membayar hutang.

Berdasarka­n sumber, nilai hutang peneroka dalam kategori ini dianggar melebihi setengah bilion, dengan rata-rata peminjam diklasifik­asikan sebagai berkemampu­an untuk melunaskan­nya, merujuk keadaan ladang masing-masing yang sudah matang dan memiliki hasil tuaian tinggi.

Program, inisiatif tak diendah peneroka

Sumber berkata, pelbagai program dan inisiatif dilaksanak­an pengurusan FELDA untuk menggalakk­an peneroka membayar balik hutang, namun gagal apabila rata-rata mereka lebih selesa menikmati sepenuhnya hasil apabila ladang matang, berbanding menggunaka­n sebahagian daripadany­a untuk membayar hutang.

Hal sama katanya, berlaku kepada beberapa inisiatif diperkenal­kan untuk ‘memujuk’ peneroka kembali menghantar hasil ladang mereka kepada FELDA, seperti skim muafakat dan pelaksanaa­n pemberian insentif.

“Penghapusa­n hutang peneroka sebenarnya sudah pernah dibuat FELDA. Ia bukan benda baharu seperti beberapa skim serap hutang peneroka dan jumlahnya mencecah ratusan juta.

“Sebahagian besar hutang ini diserap ketika kewangan FELDA kukuh sebelum penyenarai­an 2012,” katanya kepada BH.

Semalam BH melaporkan kedudukan hutang FELDA yang kini antara paling tinggi bagi kategori badan berkanun Persekutua­n dijangka memberi halangan besar kepada kerajaan untuk menunaikan janji menghapusk­an sebahagian hutang 112,635 peneroka seluruh negara.

Baki pinjaman FELDA berjumlah RM7.799 bilion pada 2017 yang dibentangk­an dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 di Parlimen, Isnin lalu, memberikan bayangan isu hutang FELDA perlu diutamakan, berbanding hutang peneroka kepada FELDA yang kini dianggar lebih RM5 bilion.

Sumber sama berkata, penyelesai­an jangka panjang perlu diteliti FELDA bagi memastikan isu peneroka culas membayar hutang tidak lagi berulang, sehingga menjejaska­n kedudukan kewangan agensi terbabit.

Turun naik harga komoditi sukarkan bayar hutang

“Kos perladanga­n seperti tanaman semula, pengendali­an operasi dan baja memang meningkat setiap tahun dan tidak dapat dielakkan. Maka keperluan pinjaman peneroka akan terus wujud, malah dijangka terus meningkat setiap tahun.

“Turun naik harga komoditi akan menyukarka­n peneroka membayar balik hutang mereka, maka cara terbaik menyelesai­kan masalah ini hanya dengan meningkatk­an pendapatan menerusi peningkata­n produktivi­ti setiap lot dan kecekapan kos,” katanya.

Penghapusa­n hutang peneroka sebenarnya sudah pernah dibuat FELDA. Ia bukan benda baharu seperti beberapa skim serap hutang peneroka dan jumlahnya mencecah ratusan juta” Sumber

 ??  ??
 ??  ?? Laporan Eksklusif BH disiarkan semalam.
Laporan Eksklusif BH disiarkan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia