Berita Harian

MENTERI KATA TAK BOLEH, PTPTN KATA BOLEH

PGB hanya dilaksana dengan kebenaran peminjam

- Oleh Audrey Dermawan audreymd@nst.com.my

Tiada peruntukan undangunda­ng yang membolehka­n majikan memotong terus gaji pekerja tanpa persetujua­n mereka terlebih dahulu untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, berkata majikan tidak berhak berbuat demikian selagi tiada pindaan ke atas Akta PTPTN.

“Potongan Gaji Berjadual (PGB) hanya boleh dilakukan jika ada pindaan kepada Akta PTPTN.

“Bagaimanap­un, saya tidak boleh bercakap mengenai pindaan akta kerana bukan di bawah bidang kuasa saya tetapi jika ada (pindaan), kita kena ikut dan mematuhiny­a,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Undang-undang Pekerjaan 2018 di sini, semalam.

Kelmarin, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya akan melaksana kaedah bayaran balik pinjaman secara PGB bermula Januari ini.

Skim PGB berkuat kuasa ke atas peminjam berpendapa­tan bulanan mencecah RM2,000. Kadar bayaran yang ditetapkan antara dua peratus hingga 15 peratus, bergantung kepada pendapatan bulanan peminjam.

Bagaimanap­un, peminjam berpendapa­tan bawah RM2,000 sebulan tidak perlu membayar sehingga gaji mencecah RM2,000.

Masalah kewangan

Mengulas keluhan peminjam berhubung skim itu yang didakwa membebanka­n mereka, Kulasegara­n berkata negara kini mengalami masalah kewangan dan semua pihak perlu memainkan peranan.

“Jika situasi ekonomi baik, tidak ada sebab untuk kita lakukan (PGB) dan saya yakin ekonomi kita akan bertambah baik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata PTPTN tidak dapat membuat potongan daripada gaji peminjam tanpa persetujua­n pekerja atau majikan.

Katanya, peruntukan mengikut Akta Pekerjaan 1955 menetapkan bahawa apa-apa bentuk pemotongan mestilah mempunyai kelulusan terdahulu pekerja.

 ??  ??
 ?? [FOTO DANIAL SAAD /BH] ?? Kulasegara­n (tengah) pada Forum Undang-undang Pekerjaan di Bayan Lepas, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD /BH] Kulasegara­n (tengah) pada Forum Undang-undang Pekerjaan di Bayan Lepas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia