Berita Harian

AHLI PARLIMEN BN KELUAR DEWAN BANTAH KEPUTUSAN SPEAKER

-

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar dari Dewan Rakyat beramairam­ai hari ini sejurus sebelum rehat tengah hari.

Tindakan pembangkan­g itu adalah sebagai membantah keputusan Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, melarang Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh berada dalam Dewan.

Ia susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya mengisytih­arkan keputusan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dimenangi BN sebagai terbatal dan tidak sah selepas didapati wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan Sivarraajh.

Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ketetapan Speaker yang mahukan keputusan bertulis mengenai status Sivarraajh adalah tidak adil kerana ia memerlukan masa.

Katanya, Ahli Parlimen BN memprotes keputusan itu kerana berdasarka­n Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), seseorang Ahli Parlimen yang diisytihar­kan melakukan kesalahan berhak berada dalam Dewan Rakyat sehingga tempoh mengemukak­an rayuan selama 14 hari berakhir.

“Jika lihat Perkara 36(a)(2) Akta 5, hakim Mahkamah Pilihan Raya hanya akan mengambil sesuatu keputusan muktamad jika tiada rayuan difailkan dalam tempoh 14 hari.

“Jika notis rayuan difailkan, beliau (Sivarrajh) sepatutnya layak berada dalam persidanga­n Dewan Rakyat sehingga mahkamah membuat keputusan.

Tarik balik keputusan

“Kami menuntut Speaker menarik balik keputusan itu. Jika beliau melakukan kesilapan, akuilah dan kami akan maafkan.

“Speaker perlu adil kepada kedua-dua pihak. Dalam hal ini, kami Ahli Parlimen BN tidak menegakkan benang yang basah,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabril Yaakob; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan.

Kelmarin, Mohamad Ariff mengarahka­n Sivarraajh keluar Dewan Rakyat dan mahu wakil BN daripada MIC itu mendapatka­n pengesahan sama ada beliau diberi penangguha­n, susulan keputusan mahkamah membatalka­n kemenangan­nya pada PRU-14.

Ia selepas RSN Rayer (PH Dapjeluton­g) tiba-tiba bangun dan mempersoal­kan kehadiran Sivarraajh di dalam Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid berkata, peguam Sivarraajh sudah berjumpa dan memberi penjelasan kepada Mohamad Ariff kelmarin, khususnya mengenai peruntukan dalam Akta 5 dan ia sepatutnya cukup untuk Speaker menarik balik keputusan itu.

“Saya harap kesilapan ini tidak akan dijadikan panduan mengulangi kesalahan sama dalam persidanga­n atau penggal akan datang,” katanya.

Suasana tenang

Sementara itu, suasana Dewan tenang ketika Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN Umno-kinabatang­an) meminta Mohamad Ariff menyatakan keputusann­ya berhubung larangan ke atas Sivarraajh mengikuti persidanga­n.

Mohamad Ariff menegaskan perlu menunggu notis penghakima­n daripada peguam Sivarrajh untuk meneliti dan mengkaji keputusan mahkamah.

Selepas hampir 20 Ahli Parlimen wakil kerajaan dan pembangkan­g bertegang urat, Mohamad Ariff membuat penjelasan.

Bagaimanap­un, penjelasan beliau gagal meredakan keadaan dan lebih 10 Ahli Parlimen pembangkan­g bangun sebelum keluar beramai-ramai pada jam 12.48 tengah hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia