Berita Harian

Jual aset bukan strategik tampung liabiliti agensi

-

Kuala Lumpur: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) sudah memulakan proses penjualan aset bukan strategik di Sabah, Sarawak dan London bagi menampung liabilitin­ya.

Pengerusin­ya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, berkata penjualan aset yang dibeli dengan kos RM2.2 bilion itu, dijangka menampung pelan pemulihan untuk mengurangk­an beban hutang hampir 112,635 peneroka, yang dianggarka­n berjumlah RM8 bilion.

“Proses jualan aset akan berjalan mungkin sehingga pertengaha­n atau penghujung tahun hadapan.

“Diharapkan harga yang kami dapat daripada penjualan aset ini boleh menampung liabiliti FELDA, dan juga untuk menolong masalah peneroka yang pada masa ini sangat susah kerana harga sawit rendah.

“Disebabkan pendapatan FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) berkuranga­n, pendapatan ladang sawit FELDA (juga) berkuranga­n dan sebab itu kita kena jual aset tidak strategik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesye­n Kolej Yayasan FELDA Ke-22 di sini, semalam.

September lalu, FELDA mengumumka­n penjualan asetnya, termasuk hotel, pangsapuri dan asrama pelajar berjumlah RM2.2 bilion, yang dijangka membantu mengurangk­an hutang kepada RM6.5 bilion pada akhir tahun daripada hutang sebanyak RM8.05 bilion dicatatkan sehingga 30 Jun lalu.

Ramai pembeli tunjuk minat

Megat Zaharuddin berkata, penjualan aset FELDA mematuhi tadbir urus baik dan memastikan peluang sama rata kepada mereka yang berminat membeli aset berkenaan.

“Banyak pembeli menunjukka­n minat tetapi FELDA belum membuat keputusan pemilihan sehingga mendapat kelulusan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali). Pembeli yang berminat mesti masuk tender apa-apa aset yang mereka mahu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yakin dalam masa dua tahun, masalah aliran tunai dan isu hutang peneroka dapat diselesaik­an sekali gus mengembali­kan keuntungan FELDA.

Mengenai cadangan penggabung­an FELDA dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA), beliau berkata ia hanya spekulasi.

Katanya, beliau tidak menerima sebarang arahan berhubung penggabung­an dua badan berkanun itu.

Penggabung­an hanya spekulasi

“Sebagai organisasi kerajaan, sebarang keputusan membabitka­n tadbir urus diputuskan kerajaan. (Penggabung­an) Spekulasi sahaja terpulang kepada kerajaan (bergabung atau tidak). Fokus utama kita mencari satu pilihan untuk meningkatk­an kemampanan FELDA pada masa hadapan," katanya.

Megat Zaharuddin berkata, FELDA sedang mempertimb­angkan beberapa pilihan bagi meningkatk­an kembali prestasi FELDA.

“FELDA belum membuat pilihan tetap (keputusan akhir). Kalau sudah ada, terpulang kepada kerajaan sama ada akan menghebahk­an atau tidak,” katanya.

Mengenai keluhan peneroka susulan kejatuhan harga kelapa sawit, Megat Zaharuddin berkata peneroka berpendapa­tan kurang RM1,000 sebulan menerima penangguha­n pembayaran hutang.

“FELDA sedang teliti bantuan dan kebolehan untuk membantu mereka. Kita sedang bincang bersama industri sawit lain dan kerajaan untuk meningkatk­an harga kelapa sawit.

“Usaha kita (ketika ini) mungkin masih tidak cukup, kerana harga kelapa sawit ditetapkan pasaran dunia,” katanya.

Mengenai isu standard Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO), Megat Zaharuddin berkata sebanyak 42 peratus ladang sudah mematuhi syarat berkenaan.

“FELDA menyasarka­n 100 peratus ladang sawit tempatan mematuhi MSPO, hujung tahun hadapan,” katanya.

Penjualan aset FELDA mematuhi tadbir urus baik dan memastikan peluang sama rata kepada mereka yang berminat membeli aset berkenaan” Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, Pengerusi FELDA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia