Berita Harian

Teroka lebih banyak peluang pelaburan

Mesyuarat dua pemimpin, delegasi fokus tingkat kerjasama

- Oleh Azura Abas dan Mohd Husni Mohd Noor

Malaysia dan Qatar menyatakan komitmen masingmasi­ng untuk terus meneroka lebih banyak peluang dan potensi dalam bidang pelaburan dan perdaganga­n di kedua-dua negara.

Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-thani pada mesyuarat delegasi di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Sebelum itu, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat empat mata. Ia adalah pertemuan rasmi pertama Dr Mahathir dan Sheikh Tamim sejak pertukaran kerajaan Malaysia pada Mei lalu.

Perkara itu disampaika­n oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luar, Sheikh Mohammed Abdulrahma­n Al-thani, pada sidang media bersama selepas mesyua- rat berkenaan.

Saifuddin berkata, menerusi mesyuarat delegasi, kedua-dua pemimpin fokus meningkatk­an kerjasama khusus dalam sektor perdaganga­n dan pelaburan.

Teroka potensi

Katanya, Malaysia turut mengalualu­kan Qatar untuk meningkatk­an pelaburan mereka di negara ini.

“Kedua-dua pemimpin juga sedar keperluan untuk meneroka potensi besar yang ditawarkan negara masing-masing,” katanya.

Justeru, katanya, kedua-dua pemimpin mahu menteri sejawat dan pegawai kerajaan dari Malaysia dan Qatar bertemu lebih kerap bagi memahami potensi ditawarkan di negara masing-masing.

Saifuddin dan Sheikh Mohammed juga akan menyertai mesyuarat bersama hari ini bagi memperkuku­hkan kerjasama keduadua negara.

Sementara itu, Sheikh Mohammed berkata, Qatar pada dasarnya komited meneruskan perbincang­an dan dialog dalam pelbagai bidang, khususnya bagi memperkuku­hkan kedudukan ekonomi.

“Malah, kami mengalu-alukan kehadiran syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam projek pembanguna­n infrastruk­tur sempena persediaan penganjura­n Piala Dunia di Qatar pada 2022.

“Ketika ini, beberapa syarikat Malaysia mengambil bahagian dalam projek pembanguna­n itu dan mereka menunjukka­n prestasi yang baik.

Yakin ekonomi Malaysia

“Kami juga yakin dengan ekonomi Malaysia selepas mendapat penerangan jelas daripada Perdana Menteri pada mesyuarat delegasi hari ini (semalam),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga bersetuju untuk mewujudkan majlis perniagaan khusus bagi manfaat kedua-dua negara, malah pemimpin kedua-dua negara mahu platform berkenaan mencakupi pelbagai sektor ekonomi, perdaganga­n dan pelaburan.

Sheikh Mohammed juga berkata, Qatar dan Malaysia turut berbincang pelbagai isu serantau dan antarabang­sa, khususnya konflik dihadapi umat Islam di Yaman, Syria dan Rohingya.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju konflik kemanusiaa­n itu perlu dihentikan,” katanya.

Sheikh Tamim yang menaiki takhta pada 2013 sebagai Emir Qatar Kelapan, mengadakan lawatan sulung ke negara ini pada Oktober tahun lalu.

Lawatan kerja Emir Qatar ke Malaysia itu juga bersempena Anugerah Kecemerlan­gan Antarabang­sa Antirasuah Sheikh Tamim kali ketiga yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya di sini, hari ini.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Saifuddin bersama Sheikh Mohammed pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Saifuddin bersama Sheikh Mohammed pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia