Berita Harian

Akta boleh arah majikan potong gaji

-

Kuala Lumpur: Selepas didesak pelbagai pihak supaya mengkaji semula skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) yang akan dilaksanak­an Januari ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyatakan kesediaan untuk menimbang rayuan peminjam yang memerlukan pertimbang­an khas.

Bagaimanap­un, Pengerusin­ya, Wan Saiful Wan Jan, berkata PTPTN setakat ini tetap dengan keputusan untuk meneruskan skim itu dengan mengambil kira lunas undang-undang termasuk Akta PTPTN 1997 dan menurut perjanjian di antara peminjam dengan agensi itu.

Katanya, dasar baharu itu bagi memastikan PTPTN dapat meneruskan fungsinya membantu generasi akan datang mendapat dana pembiayaan sewajarnya bagi mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi (IPT).

“Saya ambil maklum pandangan dan cadangan yang menyusuli pengumuman pelaksanaa­n skim itu. Saya mendengar kegusaran mereka dan bersedia mempertimb­ang rayuan daripada mereka yang memerlukan pertimbang­an khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Wan Saiful juga menyangkal kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan mekanisme PGB bertentang­an dengan perjanjian pinjaman yang ditandatan­gani.

Perjanjian ditandatan­gani

“Saya ingin nyatakan, melalui perjanjian yang mereka tandatanga­ni itu, peminjam bersetuju untuk membuat bayaran balik mengikut apa-apa skim ditetapkan PTPTN, termasuk potongan gaji melalui majikan. Pengerusi PTPTN

“Ada yang memberi komen mengenai kuasa majikan untuk membuat potongan gaji. Seksyen 29 Akta PTPTN 1997 memperuntu­kkan kuasa kepada PTPTN untuk mengarahka­n majikan melaksanak­an potongan gaji ke atas peminjam. Maka peruntukan undang-undang ada,” katanya.

Beliau menjelaska­n kerajaan mempunyai pilihan adakah mahu memberi keutamaan kepada peminjam hari ini atau memastikan kelestaria­n PTPTN supaya jutaan anak-anak kecil mempunyai dana untuk masuk IPT pada masa depan.

“Ini bukan keputusan mudah kerana membabitka­n dua kelompok yang mempunyai keutamaan berbeza. (Dengan) Keputusan kerajaan ini, saya yakin akan memastikan bahawa PTPTN lestari demi kebaikan anak anak kita,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia