Berita Harian

Malaysia mahu bincang dua isu dengan Singapura

Mesyuarat perhalusi kes ruang udara, sempadan maritim

-

Malaysia mahu mengadakan mesyuarat dengan Singapura untuk membincang­kan isu ruang udara dan sempadan maritim yang belum selesai.

Wisma Putra dalam satu kenyataan, membayangk­an bahawa mesyuarat itu juga akan memaklumka­n contact yang telah dibuat antara menteri pengangkut­an dari kedua-dua negara untuk menyelesai­kan isu Sistem Pendaratan Instrumen (ILS).

“Kerajaan Malaysia hari ini berkomunik­asi dengan Kerajaan Singapura mengenai dua nota bantahan melalui Pesuruhjay­a Tinggi Singapura ke Malaysia.

“Nota pertama berhubung penyiaran tatacara ILS dan Prosedur Merapati ILS untuk Lapangan Terbang Seletar pada 1 Disember 2018.

Siar tatacara ILS

“Nota kedua, berkaitan isu penentuan sempadan maritim antara Malaysia dengan Singapura, termasuk had pelabuhan Johor Bahru yang baharu dan insiden baru-baru ini berhubung dengannya,” menurut kenyataan itu.

Isu itu dibangkitk­an selepas Singapura menyiarkan tatacara ILS dan ILS Aeronautic­al Informatio­n Publicatio­n (AIP) pada 1 Disember tanpa persetujua­n Malaysia.

Republik itu juga mendakwa Malaysia menceroboh Perairan Wilayah Singapura sekitar Tuas dalam langkah memperluas­kan had pelabuhan Johor Bharu.

Wisma Putra menegaskan, had pelabuhan Johor Bharu yang baharu itu berada dalam lingkungan perairan Malaysia.

“Ia memang wajar dalam konteks hak Kerajaan Malaysia untuk menggarisk­an sebarang had pelabuhan dalam lingkungan perairan wilayahnya mengikut undang-undang negara Malaysia sendiri.

Sangkal ceroboh perairan

“Oleh itu, Kerajaan Malaysia juga menyangkal pandangan bahawa kapal Malaysia telah menceroboh perairan wilayah Singapura di Tuas,” katanya.

Wisma Putra juga berkata, Malaysia yakin kedua-dua negara mengakui dan menghargai hubungan dua hala yang baik dan kukuh, yang turut dizahirkan oleh Perdana Menteri kedua-dua negara ketika lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad ke Singapura, November lalu.

“Atas sebab ini, adalah penting untuk mengelakka­n sebarang tindakan yang boleh meningkatk­an dan menyemarak­kan ketegangan,” kata kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia