Berita Harian

Singapura dakwa kapal Malaysia ceroboh perairan Tuas 14 kali

-

Singapura: Singapura mendakwa kapal Malaysia secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14 kali penceroboh­an setakat ini.

“Singapura membantah penceroboh­an berulang menerusi tiga TPN (Nota Pihak Ketiga),” kata Menteri Pengangkut­an republik itu Khaw Boon Wan semalam.

Kenyataan itu dihantar kepada Bernama selepas sidang akhbar dengan media tempatan pada 5 petang.

Disebabkan perkembang­an provokatif baru-baru ini, Boon Wan, berkata Singapura memutuskan untuk melebarkan Had Pelabuhan Singapura di luar Tuas melalui Pemberitah­uan Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (Had Pelabuhan) (Pindaan) 2018.

“Pelebaran ini adalah dalam lingkungan Perairan Wilayah Singapura, dan menjejaki sempadan timur Had Pelabuhan Johor Bahru 1999. Warta itu berkuaskua­sa hari ini (semalam),” katanya.

Pendirian jelas dan konsisten

Boon Wan menarik perhatian bahawa pendirian Singapura dengan Malaysia ‘sentiasa jelas dan konsisten’ kerana ‘kami mendukung undang-undang antarabang­sa dan menghormat­i perjanjian dua hala’.

“Kami akan melindungi dan mempertaha­nkan kedaulatan wilayah Singapura. Singapura tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penceroboh­an dan kegiatan yang tidak dibenarkan di perairan kita,” kata beliau.

Mengenai cadangan Malaysia bahawa kedua-dua negara berusaha ke arah mencari penyelesai­an secara berbaik-baik, beliau berkata: “Singapura sememangny­a bersetuju dan akan menyusulny­a.”

“Kami sentiasa berpandang­an, sejak Malaysia menerbitka­n peta pertamanya pada 1979, garis sempadan di kawasan ini hanya boleh diselesaik­an mengikut undang-undang dan amalan antarabang­sa, melalui perundinga­n antara kerajaan terbabit.

“Dalam pada itu, kapal Kerajaan Malaysia harus menghentik­an penceroboh­an dan kembali ke ‘status quo’ sebelum 25 Oktober 2018,” katanya.

 ??  ?? Keratan laporan akhbar BH kelmarin
Keratan laporan akhbar BH kelmarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia