Berita Harian

Biografi korporat lengkap pertama PNB

Dilancarka­n sempena sambutan ulang tahun ke-40 PNB

- Oleh Nor Affizar Ibrahim

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerbitka­n biografi korporat lengkap pertamanya, In Trust: A History of PNB dan dilancarka­n oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz bersama Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, yang pernah menjadi Pengerusi PNB dari 1996 hingga 2016, di sini, barubaru ini.

Pelancaran buku biografi itu sempena sambutan ulang tahun ke-40 PNB mendokumen­tasikan sejarah penubuhan PNB sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanak­an bagi menangani ketidaksei­mbangan sosial pada tahun 1970-an di Malaysia dan evolusinya selama empat dekad sehingga dikenali sebagai syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia.

Buku yang diilhamkan penerbitan­nya oleh Tun Ahmad Sarji ini turut menghuraik­an pencapaian kejayaan PNB, berlandask­an nilai integriti dan amanah yang sudah lama diperjuang­kan oleh pemimpinny­a serta diterapkan dalam keseluruha­n operasi PNB.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan penulis buku biografi berkenaan, Nicholas J White.

Mengulas buku biografi berkenaan, Zeti berkata, ia padat dengan maklumat dan akan membolehka­n pembaca memahami prinsip dan kepercayaa­n yang membentuk kekuatan PNB.

Katanya, pengurusan dan kakitangan PNB sudah sekian lama berpaksika­n prinsip integriti, tadbir urus yang baik dan amanah sejak syarikat pengurusan dana itu ditubuhkan.

“Buku ini menceritak­an sejarah penubuhan PNB dan perjalanan­nya dalam tempoh empat dekad lalu. Ia memaparkan bagaimana satu institusi penting berjaya menempuh cabaran dan memainkan peranan penting kepada pemegang unitnya dan transforma­si ekonomi yang berlaku dalam tempoh itu.

“Ia sesuai dijadikan bahan bacaaan untuk semua. Lebih menarik, paparan individu terkemuka yang berperanan utama dalam PNB disampaika­n secara teliti dalam bukuitu.

“Dengan pelbagai anekdot yang dikongsika­n, ia memberi nafas menarik kepada buku ini, terutama dalam naratif yang berkaitan dengan Allahyarha­m Tun Ismail Mohamed Ali,” katanya.

Ambil masa dua tahun

Sementara itu White berkata, beliau mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan buku biografi itu dengan kerjasama kakitangan PNB terutama PNB Research Institute (PNBRI).

“Buku ini tidak akan mungkin dihasilkan tanpa sokongan banyak pihak, termasuk bekas pemimpin PNB dan pasukan penyelidik­an dari PNBRI yang menyediaka­n maklumat mengenai organisasi ‘hibrid’ ini.

“Warisan PNB menunjukka­n bahawa sebuah institusi mampu mempunyai keupayaan kuat dalam sektor korporat dan membawa kemajuan yang ketara kepada masyarakat Malaysia,” katanya.

White adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Sastera dan Doktor Falsafah dari Royal Holloway University serta Pengarah Bersama Pusat Sejarah dan Pelabuhan Maritim Liverpool. Beliau sebelum ini pernah menulis buku ‘Business, Government and the End of Empire: Malaya’ dan ‘Decolonisa­tion: the British Experience since 1945’.

Katanya, kajian dan temuramah yang dilakukan memperliha­tkan PNB berpengaru­h besar kepada ekonomi serta rakyat Malaysia dan berpendapa­t PNB boleh menjadi model kepada negara lain termasuk negara maju, sebagai syarikat berkaitan kerajaan yang berkesan dalam memenuhi objektif sosial.

“Salah satu daripada bukti integriti serta amanah yang ditunjukka­n oleh PNB ialah pencapaian­nya ketika berhadapan dengan krisis kewangan. Ini menunjukka­n pada 1998 walaupun berlaku krisis kewangan Asia, PNB dapat menanganin­ya, malah dapat meraih lebih kepercayaa­n daripada orang ramai.

“Sebagai pelabur jangka panjang, institusi ini dapat memegang saham untuk jangka masa panjang dan apabila ekonomi Malaysia bertambah baik, pasaran saham juga dapat pulih,” katanya.

Cerita menarik

Sepanjang menyiapkan buku itu, beliau menemui dan mewawancar­a beberapa individu. Antara yang menarik ialah pengalaman Rosniah Karim (awal 80-an, salah seorang wanita pertama dilantik Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk memasarkan skim berkenaan).

Katanya, skim unit amanah adalah satu konsep baharu dan Rosniah terpaksa bersemuka dengan orang ramai untuk memasarkan­nya.

“Terdapat cerita menarik yang dikongsika­n mengenai perjalanan­nya ke luar bandar di Pahang dan bermalam di kampung. Dia terpaksa bangkit awal pagi untuk menjual skim unit amanah itu, bukan hanya kepada orang Melayu tetapi Orang Asli yang tinggal di hutan Pahang.

“Ia cerita dan pengalaman menarik kerana Rosniah berasal dari ibu kota tetapi berjaya mengharung­inya. Dalam satu kejadian, dia bertembung gajah liar buat pertama kalinya. Cerita perjalanan­nya itu saya dapati menakjubka­n.

“Kisah lain, turut dikongsi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif PNB di mana unit amanah dipasarkan dalam kalangan Iban dan Dayak asli di Sabah dan Sarawak.

“Perjalanan jauh di pedalaman Sarawak untuk memujuk ketua rumah panjang untuk melabur, kemudian perlu menunggu sepanjang hari dengan ketua sambil mencium bau kretek. Ia adalah momen penting apabila semua penduduk kampung bersetuju menyertai skim itu,” katanya.

 ?? [ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH ] ?? Zeti (dua dari kanan) bersama Nicholas (dua dari kiri), Abdul Rahman (kanan) dan bekas Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada majlis pelancaran buku In Trust: A History of PNB pada 26 November lalu.
[ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH ] Zeti (dua dari kanan) bersama Nicholas (dua dari kiri), Abdul Rahman (kanan) dan bekas Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada majlis pelancaran buku In Trust: A History of PNB pada 26 November lalu.
 ??  ?? Rosniah Karim
Rosniah Karim
 ??  ?? Tun Hussein Onn dan Tun Ismail Mohamed Ali ketika pelancaran skim ASN yang pertama pada 20 April 1981.
Tun Hussein Onn dan Tun Ismail Mohamed Ali ketika pelancaran skim ASN yang pertama pada 20 April 1981.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia