Berita Harian

Fakta sejarah tak wajar dimanipula­si

-

manusia dan negara’ melalui pelbagai peristiwa yang berlaku dan menjadi panduan untuk membina masa depan lebih baik.

Sekalipun tidak menyebut dengan jelas akan dimasukkan dalam sukatan subjek Sejarah, isu ini tetap menjadi sebahagian daripada sejarah negara. Biarpun wujud penafian “perkataan sejarah tidak merujuk sukatan pelajaran”, yang pasti 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) tetap akan menjadi topik perbincang­an dan kajian pada suatu hari kelak, khususnya di institusi pengajian tinggi.

Respons beliau itu mungkin atas bias politik dan pasti bukan kecil natijahnya. Ia dijawab dalam perbahasan Dewan Rakyat oleh seorang menteri yang menjaga hal ehwal pendidikan negara. Malah, kesediaan pihak beliau untuk menubuhkan jawatan kuasa khas berkaitan pengisian kokurikulu­m dan teks sejarah serta siri wacana bersama tokoh dan ahli sejarah membuktika­n beliau komited untuk melaksanak­annya.

Fakta sejarah

Dari aspek sejarah, 1MDB adalah fakta sejarah dan tidak mungkin dipadam. Terbitnya buku berjudul karya

Tom Wright, wartawan menandakan skandal kewangan ini merentas sempadan dan bersifat global.

Jika dikaitkan dengan pandangan Loepord von Ranke (1795-1886), isu ini cuba diangkat ke taraf (seperti sebenarnya berlaku) melalui hasrat Wright untuk membawa kisah itu dalam filem. Sebelum itu pun, pelbagai akhbar telah membesarka­n liputan skandal 1MDB dan kini terus menjadi berita hangat.

Sebenarnya, idea ini bukan baharu kerana pernah dipraktikk­an dalam pentadbira­n negara. Sebagai contoh dalam sejarah China, pencatat istana, Su ma Chin dan anaknya Su ma Hwa menulis mengenai kelemahan dan kelebihan Raja terdahulu dan meninggalk­an penulisan itu untuk maharaja seterusnya, agar tidak mengulangi kesilapan sama.

Andai kata, Dr Maszlee berhasrat mengetenga­hkan fakta ini dalam silibus Sejarah sekalipun, bukan suatu kesalahan. Tidak wajar ia ‘disejukbek­ukan’ sedangkan umum mengetahui daripada pelbagai sumber.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia