Berita Harian

Isu hak asasi tak wajar dipolitikk­an

-

atau strata demografi menunjukka­n lebih ramai penduduk tinggal di kota, berbanding kawasan luar bandar. Apa pun, isu mengenai hak asasi manusia tidak sepatutnya dijadikan modal untuk meraih laba politik seperti sering kali dilakukan pihak pembangkan­g. Usah mempolitik­kan semua benda, tetapi kupas sesuatu isu itu dari sudut yang lebih penting, seperti kepentinga­nnya kepada masyarakat dan manfaat kepada negara.

S:

Pandangan mengenai usaha menghapusk­an hukuman gantung mandatori, merangkumi 32 kesalahan jenayah?

J: Setiap manusia mempunyai hak meneruskan hidup, waima apa yang dilakukan. Konsep atau pendirian bahawa ‘hutang nyawa dibayar dengan nyawa’ ialah kepercayaa­n nenek moyang kita dan tidak lagi relevan ketika ini. Menerusi peluang kedua, walaupun seseorang itu ialah pelaku jenayah sehingga membunuh orang lain, kita perlu titipkan kepentinga­n mendidik atau membawa ke pangkal jalan menerusi usaha pemulihara­an. Menerusi pemansuhan hukuman mati mandatori ini, seseorang berupaya menimba pengajaran dan menyelami kembali tindakanny­a, berbanding menjatuhka­n hukuman untuk menamatkan riwayatnya atas dosa yang kadang kala mungkin wujud pertikaian dalam perbicaraa­n atau elemen salah penghakima­n.

S:

Merintis pembaharua­n, apa yang ingin dicapai berkaitan hak asasi manusia dan peranan SUHAKAM?

J: Kita tidak mahu menjadi suruhanjay­a tanpa ‘taring’ atau sekadar perhiasan demi mengindahk­an imej negara, sedangkan realitinya bukan seperti dikhabarka­n. Harapan saya supaya SUHAKAM diperakui sebagai suatu kuasa pendesak yang mengetenga­hkan perihal membina mengenai hak asasi manusia. Penanda aras kepada pencapaian ini ialah menerusi perakuan rakyat Malaysia bahawa SUHAKAM wujud dan sentiasa ke depan membela mereka. Selain itu, keupayaan kita mempengaru­hi atau sekurang-kurangnya meyakinkan masyarakat mengenai isu hak asasi manusia yang cuba diketengah­kan. SUHAKAM bukan seperti polis, kita tiada kuasa sedemikian, sebaliknya sekadar pejuang menuntut keadilan dalam perihal hak asasi manusia, demi kepentinga­n sejagat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia