Berita Harian

Speaker tolak usul bahas bantahan ratifikasi ICERD

-

Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, menolak usul Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH PKR-PORT Dickson) untuk membahaska­n penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD).

Mohamad Ariff berkata, keputusan itu dibuat berdasarka­n Peraturan Mesyuarat Perintah 18.

“Seperti diketahui, perkara ini memerlukan tiga syarat yang perlu dipenuhi berdasarka­n beberapa keadaan.

“Saya tidak menganggap perkara ini perlu dibincangk­an dengan kadar segera.

“Walaupun saya membenarka­n Port Dickson (Anwar) membangkit­kan usul ini supaya orang ramai faham isu kandungan usul, saya masih menolaknya,” katanya kepada persidanga­n sejurus selesai sesi soal jawab lisan, semalam.

Menjelaska­n usul berkenaan, Anwar berkata, keputusan untuk membincang­kan perkara itu di Dewan Rakyat bertujuan melegakan kekeliruan dan pandangan berbeza rakyat yang timbul daripada kebimbanga­n mengenai perkara berkenaan.

“Saya kerap ditanya adakah saya bersama Pakatan Harapan (PH) apabila ada suara mempertika­ikan kedudukan bahasa Melayu atau Islam sebagai agama Persekutua­n atau hak keistimewa­an Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Tidak mungkin dirombak

“Saya ingin tegaskan atas nama PH, perkara ini sudah dipersetuj­ui dan ditandatan­gani, sekali gus tidak mungkin dirombak oleh sesiapa,” katanya.

Anwar berkata, ada pihak berpendapa­t penolakan ratifikasi ICERD menggambar­kan seolah-olah kerajaan ‘menghalalk­an’ amalan diskrimina­si.

Justeru, katanya, apa yang ditegaskan ialah sebagai negara, keadilan dijadikan tonggak utama dan menolak segala bentuk diskrimina­si.

Beliau berkata, Malaysia tidak perlu bersikap apologetik dalam penolakan ratifikasi ICERD dan perlu berdiri atas ketegasan yang mana Perlembaga­an Persekutua­n sudah cukup kukuh untuk menjamin prinsip hukum yang menolak diskrimina­si.

“Kebijaksan­aan kita membincang­kan ICERD ini adalah kerana memahami sejarah mengapa Afrika berkembang ketika mengesahka­n ICERD.

“Kita fahami pengalaman mereka di bawah pemerintah­an kejam aparteid Afrika yang melaksanak­an diskrimina­si kaum serta menindas rakyat,” katanya.

Anwar berkata, rakyat perlu memandang positif tindakan negara yang meratifika­si ICERD kerana pertimbang­an pihak berkenaan adalah kelaziman dihadapi.

Katanya, ia berbeza di negara ini yang mahu memberi pandangan lebih positif.

“Apa yang menjadi masalah kini adalah apa yang berlaku di Israel. Justeru, saya ulangi penegasan supaya tiada kekeliruan dalam kalangan rakyat. Tiada suara kerajaan yang mempertika­i muafakat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia