Berita Harian

UA diharap beri kelonggara­n

Menteri syor tukar latihan kepada jam kredit pengajian ijazah sarjana

-

Laporan Veena Rusli, Manirajan Ramasamy, Veena Babulal, Nur Lela Zulkipli, Ahmad Suhael Adnan dan Siti Nur

Mas Erah Amran

Kerajaan meletak sasaran supaya majoriti guru di negara ini memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana menjelang 2030.

Bagi mencapai hasrat itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berharap beberapa universiti awam (UA) dapat memberi kelonggara­n dengan menukar jam kursus atau latihan dihadiri guru kepada jam kredit pengajian ijazah sarjana.

Katanya, kementeria­n juga giat melakukan libat urus dengan beberapa UA untuk tujuan berkenaan.

“Kita melihat keadaan guru dan memang ada skim untuk mereka melanjutka­n pengajian.

Cuti belajar

“Ada dalam kalangan mereka diberi cuti belajar dan ini adalah usaha berterusan yang akan diteruskan.

“Kita ingin guru mempunyai ijazah sarjana dan doktor falsafah (PHD). Kita juga melihat kemampuan semasa dan insentif yang diberikan sehingga mereka menyelesai­kan sarjana dan PHD,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Sabri Azit (Pas-jerai) mengenai keistimewa­an warga Kementeria­n Pendidikan untuk Menteri Pendidikan melanjutka­n pengajian ke peringkat PHD.

Sementara itu, Maszlee berkata, tiada keperluan untuk merombak subjek yang ditawarkan UA bagi peringkat ijazah sarjana.

semangat autonomi.

“UA sentiasa memperbaik­i dan menambah baik segala kursus yang dijalankan berdasarka­n semangat autonomi.

“Bagaimanap­un, kebanyakan usaha tambah baik silibus adalah hak universiti yang ditentukan oleh senat.

“Saya juga datang dari UA dan saya yakin pada peringkat fakulti, mereka sering melihat subjek yang ditawarkan,” katanya menjawab soalan tambahan Willie Mongin (PH Pkr-puncak Borneo).

Maszlee lagi, pihaknya kini dalam perancanga­n untuk mengenalka­n subjek falsafah untuk dipelajari di peringkat UA.

“Falsafah adalah dasar bagi cara berfikir yang betul dan kita mahu pelajar dilengkapi dengan alat ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia