Berita Harian

MKN tak keluar sebarang arahan pemula

Bekas Menteri Pertahanan diharap datang ke Dewan Rakyat bincang isu serius

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

Majlis Keselamata­n Negara (MKN) tidak mengeluark­an sebarang arahan pemula (iniciating directive) untuk melaksanak­an Ops Yaman 2.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, mengakui kecewa kerana bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, tidak hadir ke Dewan Rakyat bagi membincang­kan isu terbabit.

“Saya kecewa bekas Menteri Pertahanan tidak hadir hari ini walaupun beliau kata MKN pernah buat keputusan.

“Selepas semakan, kita dapati MKN tidak pernah menghasilk­an iniciating directive.

“Bila satu operasi perlu dilaksanak­an, ia perlukan iniciating directive daripada MKN atau dalam kes ini, directive (arahan) pemula daripada Jemaah-jemaah Panglima-panglima.

“Bagaimanap­un, tidak ada sebarang iniciating directive daripada Jemaah Menteri atau MKN secara bertulis.

“Saya minta kalau bekas Menteri Pertahanan, kalau boleh lebih baik beliau datang ke Dewan Rakyat dan kita bincang mengenai isu yang serius ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 Peringkat Jawatankua­sa bagi kementeria­nnya di Dewan Rakyat, semalam.

Chin Tong berkata, Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen untuk Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri ditubuhkan bagi mengenal pasti sama ada operasi terbabit mematuhi prosedur kerajaan.

Beliau berkata, jawatankua­sa yang pertama kali ditubuhkan itu bertujuan mengkaji atur gerak trup dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa tidak mendapat kelulusan Kabinet.

“Ini adalah tugasan pertama jawatankua­sa dan kementeria­n akan memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan.

Dapat beri keyakinan rakyat

“Kita berharap siasatan telus dapat memberi keyakinan kepada rakyat selain memperbetu­lkan sistem supaya apa yang berlaku tidak akan berulang.

“Kami berbincang mengenainy­a kerana operasi ini memang tak betul dan saya tak nak panjangkan isu ini,” katanya.

Kelmarin, Hishammudd­in berkata, operasi yang didakwa tidak mendapat kelulusan Kabinet pentadbira­n terdahulu, diketuai dan diluluskan MKN.

Penugasan ATM menerusi Ops Yaman 2 bertujuan membantu urusan logistik penerbanga­n bagi membawa peralatan alat ganti peluru dan bahan letupan milik pakatan Arab dalam wilayah Arab Saudi.

Sementara itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, mendakwa tidak mengingati sama ada Ops Yaman 2 mendapat kelulusan MKN tanpa dibawa ke Kabinet.

Beliau yang pernah bertanggun­gjawab ke atas MKN berkata, perkara mendesak boleh terus dibawa ke MKN tanpa menerusi Kabinet.

“Saya tak pasti, saya tak ingat sama ada ia (Ops Yaman 2) dibawa ke Kabinet atau tidak.

“Tapi, operasi keselamata­n atau perkara yang urgent (mendesak) contohnya membawa balik pelajar dari Mesir, itu diketuai MKN,” katanya di Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia