Berita Harian

Muslimah perlu tingkat potensi diri

TPM mahu lelaki Islam buang sikap pandang rendah

-

Wanita Islam perlu ke hadapan dengan berusaha meningkatk­an kemahiran dan potensi, memanfaatk­an bakat dan keupayaan keusahawan­an agar dapat melihat kemajuan jangka panjang yang tulen dalam masyarakat Islam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata untuk mencapai matlamat ini, golongan Adam hendaklah mengubah sikap dan lebih menyokong kepada golongan Hawa.

Beliau berkata, lelaki Islam perlu membuang sikap memandang rendah yang diwarisi dalam beberapa budaya tempatan.

“Kita tidak mungkin dapat capai keadilan sosial dengan hanya bersandark­an terjemahan yang condong dan tidak adil.

“Maruah manusia, kesejahter­aan dan peningkata­n taraf masyarakat tanpa mengira jantina, kaum, taraf atau etnik dalam masyarakat yang tergolong aman dan bertolak ansur paling penting.

“Tetapi semua ini termasuk lelaki,” katanya pada ucaptama beliau pada Forum Kepimpinan Islam (WMLF) di Lambeth Palace di selatan London, semalam.

Dr Wan Azizah, yang tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke United Kingdom, bersama pemimpin Islam dari pelbagai rantau dunia ini bagi membincang­kan isu penting, mendepani cabaran dan menyediaka­n penyelesai­an inovatif untuk menyingkir persatuan yang wujud antara pengganas dan Islam.

Dalam ucaptama beliau bertajuk

Timbalan Perdana Menteri menekankan bahawa sudah tiba masanya untuk mempunyai satu penyepadua­n ke atas perspektif jantina yang sistematik dalam pelaksanaa­n dan pengawasan SDGS.

Pelbagai bentuk diskrimina­si

Beliau berkata, penerapan SDGS oleh semua pemimpin dunia pada 2015 adalah dengan matlamat untuk mencapai kemajuan yang berterusan dan janji tidak meninggalk­an sesiapa pun di belakang.

“Pada masa sekarang, wanita dan kanak-kanak perempuan masih berhadapan pelbagai bentuk diskrimina­si,” katanya di hadapan kira-kira 200 perwakilan pada WMLF yang berlangsun­g selama dua hari itu.

Bagaimanap­un, Dr Wan Azizah menegaskan bahawa SDGS masih tidak cukup kerana menumpukan hanya pada sosial, ekonomi dan aspek fizikal pembanguna­n sahaja.

Dengan mencadangk­an langkah utama diperlu untuk menyemai Maqasid Syariah, iaitu melindungi kepercayaa­n, melindungi diri daripada mudarat, melindungi intelek, melindungi zuriat dan kekayaan, beliau berkata Maqasid Syariah tidak berat sebelah kepada jantina, kenegaraan, etnik atau status sosial.

Terdahulu, ketibaan beliau di London disambut Kuasa Usaha Sementara Suruhanjay­a Tinggi Malaysia Mohd Suhaimi Jaafar, dan isteri Fazdiana Daud.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Wan Azizah menyampai ucaptama pada Forum WMLF 2018 di Lambeth Palace, selatan London, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Wan Azizah menyampai ucaptama pada Forum WMLF 2018 di Lambeth Palace, selatan London, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia