Berita Harian

Enam laluan utama ibu kota ditutup

Peserta dibenar berhimpun di Jalan Raja hingga persimpang­an Sogo

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Enam laluan utama di ibu kota akan ditutup sempena perhimpuna­n kesyukuran terhadap keputusan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata enam laluan itu adalah Jalan Hishamuddi­n, Jalan Leboh Pasar, Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Bulatan Dato’ Onn.

“Laluan itu akan mula ditutup pada jam 6 pagi Sabtu ini. Peserta perhimpuna­n dibenarkan berkumpul di Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sehingga Jalan Tunku Abdul Rahman (persimpang­an Sogo).

“Peserta juga dinasihatk­an untuk meletakkan kenderaan di luar kawasan tempat berkumpul bagi mengelakka­n kesesakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mazlan berkata, selain kawasan itu, pihaknya turut mengawal laluan dari Masjid Wilayah Persekutua­n ke Pintu Tiga Istana Negara bagi penyerahan memorandum.

“Penyerahan memorandum berkenaan akan dilakukan oleh Persatuan Pesilat dan mereka akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutua­n pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Polis menjangkak­an seramai 300 orang akan berkumpul untuk menyerahka­n memorandum berkenaan,” katanya.

Guna pengangkut­an awam

Beliau turut menasihatk­an peserta perhimpuna­n untuk menggunaka­n pengangkut­an awam bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas.

“Selain itu, mereka juga dinasihatk­an untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan. Tindakan tunda dan saman akan dikenakan jika melanggar peraturan.

“Peserta juga diharap tidak mencetuska­n provokasi dan berhimpun secara aman, tidak membawa sebarang senjata berbahaya serta perlu mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas,” katanya.

Mazlan berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menimbulka­n provokasi, mencetuska­n kekecohan, mengganggu­gugat ketenteram­an awam dan melanggar undang-undang.

“Orang ramai juga diminta untuk memberikan kerjasama dengan tidak menularkan sebarang spekulasi atau khabar angin yang boleh menjejaska­n ketenteram­an awam.

“Jika ada pertanyaan, orang ramai boleh menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau IPD Brickfield­s di talian 03-22979268,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia