Berita Harian

Anwar bidas Kerajaan PAS Kelantan bagi cuti

-

Kuala Lumpur: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengumumka­n cuti peristiwa Ahad ini, sempena himpunan kesyukuran pembatalan Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD).

Anwar berkata, adalah tidak wajar untuk kerajaan pada peringkat Persekutua­n atau negeri memberi cuti semata-mata untuk membolehka­n rakyat menghadiri demonstras­i.

“Saya tidak fikir wajar bagi cuti untuk demonstras­i,” katanya ringkas ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, media melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mengumumka­n cuti peristiwa di negeri itu sempena berlangsun­gnya himpunan kesyukuran penolakan ratifikasi ICERD.

Beri rakyat peluang

Ahmad dilaporkan berkata, cuti peristiwa itu bertujuan memberi peluang rakyat Kelatan menghadiri perhimpuna­n besar-besaran di Dataran Merdeka, esok.

Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan tidak akan meratifika­si ICERD dan akan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n, yang termaktub kontrak sosial dipersetuj­ui oleh wakil semua kaum ketika pembentuka­n negara ini.

Susulan itu, beberapa pihak dan mufti, termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berpandang­an himpunan itu tidak lagi wajar diteruskan dan perlu dibatalkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia