Berita Harian

Malaysia tak sesuai ikut acuan Barat

-

Kota Bharu: Formula Barat tidak sesuai dilaksana di negara ini kerana Malaysia sudah mempunyai acuan tersendiri yang terbukti berkesan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kepelbagai­an kaum dan agama di negara ini juga antara sebab acuan Barat tidak molek untuk Malaysia.

“Buktinya, kita dapat hidup aman dan makmur. Jadi, mengapa kita mahu menguji pula dengan formula yang belum pasti dapat memberi apa yang kita kecapi selama ini?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an ucapan pada Forum Rakyat, Bahaya Konvensyen Antarabang­sa Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) dan Masa Depan Malaysia, di sini, malam kelmarin.

Forum itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS kawasan Kota Bharu.

Pastikan program lancar

Sementara itu, Asyraf Wajdi yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, kira-kira 5,000 ahli Pemuda UMNO dan Jabatan Amal PAS akan turun padang berganding­an dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjaga keamanan serta memastikan kelancaran program himpunan kesyukuran menolak Konvensyen Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), esok.

“Kita akan memastikan sebarang bentuk provokasi sama ada melalui perbuatan, poster, placard, laungan, sorakan yang menyentuh isu perkauman dan agama dilakukan mana-mana individu, akan diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Pemuda UMNO juga mengharapk­an kerjasama semua pihak supaya mengambil gambar individu yang tidak bertanggun­gjawab dan diserahkan kepada pihak keselamata­n.

“Peserta juga perlu memastikan kebersihan dan diharap membawa plastik hitam untuk membersihk­an sampah-sarap yang didapati sepanjang berarak atau berhimpun di Dataran Merdeka nanti,” katanya.

Mengenai satu lagi perhimpuna­n prohak asasi manusia anjuran Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada hari yang sama, beliau berkata, rakyat boleh menentukan perhimpuna­n mana yang akan mendapat sambutan nanti.

Katanya, kedua-dua perhimpuna­n itu akan membezakan kelompok yang memang mahukan ratifikasi ICERD dan yang menentang.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH OMAR/BH] ?? Dr Asyraf bersama Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat melihat baju-t ICERD di Kota Bharu, semalam.
[FOTO NIK ABDULLAH OMAR/BH] Dr Asyraf bersama Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat melihat baju-t ICERD di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia