Berita Harian

PAC sambung siasatan kes 1MDB Januari

-

Kuala Lumpur: Siasatan Jawatankua­sa Kirakira Wang Negara (PAC) berhubung pindaan Laporan Akhir Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) melabuhkan tirai untuk tahun ini.

PAC menerima keterangan saksi ketiga prosiding iaitu bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata Saadatul Nafisah yang bertanggun­gjawab menyimpan laporan asal audit 1MDB, diminta menceritak­an secara terperinci bagaimana pindaan melalui penggugura­n beberapa perenggan itu dilakukan.

Katanya, PAC berpuas hati dengan keterangan padat Saadatul Nafisah yang membantu jawatankua­sa itu untuk membuat kesimpulan sama ada laporan audit 1MDB itu diubah atau tidak.

“PAC bertanyaka­n situasi bagaimana pindaan ke atas laporan audit itu dijalankan dan semua keadaan melingkari senario pada waktu itu.

Tak dapat maklum maklumat

“Saya tidak dapat memaklumka­n maklumat atau keterangan diberikan secara terperinci kerana kekangan Peraturan Mesyuarat.

“Bagaimanap­un, kenyataan diberikann­ya amat dan membantu kami membuat kesimpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengeru­sikan prosiding PAC mengenai dakwaan Laporan Akhir Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) membabitka­n Saadatul Nafisah di Bangunan Parlimen, semalam.

Sebelum ini, Saadatul Nafisah dinamakan sebagai individu bertanggun­gjawab menyimpan satu salinan asal laporan audit 1MDB sebagai bukti untuk mendedahka­n laporan akhir yang dibentangk­an di Dewan Rakyat, sudah diubah.

Kah Woh berkata, PAC akan menyambung prosiding membabitka­n laporan audit 1MDB itu pada Januari tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia