Berita Harian

Kes Rosmah ke Mahkamah Tinggi

-

Kuala Lumpur: Kes Datin Seri Rosmah Mansor, membabitka­n atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta dan tuduhan gagal mengemukak­an penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sudah dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, memaklumka­n perkara itu ketika kes itu disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, semalam.

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarka­n permohonan pihak pembelaan Rosmah untuk memindahka­n kes itu pada 29 November lalu.

Tarikh belum ditetap

Bagaimanap­un, tarikh sebutan di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Peguam Datuk K Kumaraendr­an dan Datuk Geethan Ram Vincent hadir mewakili Rosmah.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram membabitka­n wang berjumlah RM7 juta dan lima pertuduhan gagal membuat penyata pendapatan.

Rosmah, 67, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148 Jalan Ampang, di sini dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di antara 4 Disember 2013 dan 1 Mei 2018.

Tuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia