Berita Harian

ADUN Guar Chempedak sertai BERSATU

-

Alor Setar: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Ku Rahman Ku Ismail, yang sebelum ini mengumumka­n keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, sudah menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memaklumka­n Ku Rahman yang pernah menjadi EXCO kanan ketika pentadbira­n kerajaan Barisan Nasional (BN) itu, menghantar borang keahlian, baru-baru ini.

Mukhriz berkata, pihaknya sudah menerima borang keahlian yang disampaika­n Ku Rahman sendiri kerana beliau mahu berjuang bersama BERSATU.

“Sebenarnya kita sudah lama bincang perkara ini, tetapi borang terbabit baharu saja diisi dan diserahkan minggu lalu.

“Selepas menilai dan meneliti, kita (BERSATU) sudah menerima permohonan­nya menjadi ahli BERSATU,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Kembali Ke Sekolah anjuran Yayasan Salam, di sini, semalam.

November lalu, Ku Rahman melalui Speaker DUN Kedah, Datuk Ahmad Kasim, mengumumka­n keluar daripada UMNO dan menjadi ADUN Bebas pada sidang DUN Ke14.

Sementara itu, kedudukan terkini di DUN Kedah menyaksika­n Pakatan Harapan (PH) mengukuhka­n cengkaman apabila menguasai 19 daripada 36 keseluruha­n kerusi DUN.

Ia juga menyebabka­n Barisan Nasional (BN) melalui UMNO hanya tinggal dua kerusi DUN, manakala PAS menjadi parti kedua terbesar dengan 15 kerusi DUN. Pakatan Harapan -

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia